DIjangkiti Covid-19 Di Tempat Kerja? Pemuda Ini Kongsi Cara Buat Tuntutan Perkeso

Kami yakin ramai dari kita pasti kerap terdengar adanya jangkitan Covid-19 di tempat kerja. Ianya senang berlaku disebabkan keadaannya yang agak tertutup dan faktor ventilasi.

Justeru adalah penting untuk semua pihak khususnya majikan untuk membendung penularan COVID-19 di tempat kerja dengan memastikan pengaliran udara baik di pejabat dan premis bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Namun topik kali ini bukan lah mengenai cara membendungnya, sebaliknya kami ingin berkongsi kepada anda cara untuk melakukan tuntutan sekiranya anda atau mana-mana kenalan pernah dijangkiti Covid-19 di tempat kerja.

Boleh ke?

Menurut Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), mana-mana pekerja yang dijangkiti COVID-19 di tempat kerja layak mendapat pampasan dan boleh menuntut di bawah Faedah Hilang Upaya Sementara (HUS)

Malah meurut BERNAMA, bagi mempercepatkan urusan bayaran kepada mereka yang terbabit.PERKESO telah menubuhkan badan bertindak khas untuk menyiasat tuntutan di bawah skim berkenaan .

Foto : Bernama

Menurut Perkeso, bagi skim ini, pekerja akan dibayar sepanjang tempoh cuti sakitnya yang disahkan oleh doktor dan mestilah sekurang-kurangnya 4 hari termasuk hari kemalangan. Namun faedah ini tidak akan dibayar pada hari di mana pekerja hadir bekerja dan dibayar gaji.

Kadar Faeadah HUS adalah 80% daripada gaji harian purata anggapan pekerja. Kadar minimum bayaran faedah adalah RM30.00 sehari dan maksimum RM105.33 sehari

Bagaimana cara buat tuntutan?

Untuk anda yang ingin tahu membuat tuntutan di bawah kami kongsikan panduannya seperi yang dikongsikan seorang penggun Twitter, @taufiqhelios 

Cara buat tuntutan PERKESO untuk mereka yang positif Covid-19 di pejabat

Muat turun borang 34 Perkeso, dan isi segala maklumat yang diperlukan

Jadi, siapa yang pernah dijangkiti COVID-19 disebabkan close contact di tempat kerja, silalah hantar claim anda ke PERKESO. Pergi muatu “Borang 34” dan isi apa yang patut.

Muat turun di sini atau copy paste link ini : https://www.perkeso.gov.my/images/borang2017/Borang_Faedah/borang34/Borang_34.pdf

Lampirkan segala dokumen penting :

1.result test PCR korang,
2.surat kuarantin yang PKD (Pejabat Kesihatan Daerah) keluarkan,
3. salinan IC
4. slip gaji selama 6 bulan
5.Penyata kewagan bank

Selesai dengan lampiran semua, hantar kan ke pejabat PERKESO Terdekat.

Rujuk link di sini untuk maklumat tambahan atau copy paste link disini atau simpan gambar yang kami kepilkan di bawah.

Foto header kredit : Nippon/Perkeso

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago