Terbeli Kereta Curi, Suami Isteri Saman Platform Jual Beli Kereta Online, Tuntut RM 100k Sebagai Ganti Rugi

Siapa tidak seronok jika berjaya membeli kereta idaman bukan? Pasti ianya lebih mengujakan jika kereta tersebut berjaya dimiliki dengan harga yang berpatutan.

Namun keadaan berbeza buat sepasang suami isteri ini apabila mendakwa mereka terbeli sebuah kereta curi.

Pembelian tersebut menyebabkan jurutera, Mohd Zulikram Shamsidi dan isterinya, Nor Saidatul Wanida Mohd Hazani terpaksa berdepan pelbagai isu dan kerugian kewangan lalu nekad mengambil keputusan mengemukakan saman kecuaian terhadap platform jual beli terpakai dalam talian serta institusi kewangan.

Nor Saidatul difahamkan terlibat memandangkan dia merupakan penjamin kepada suaminya.

Namakan dua defendan

Dalam saman yang difailkan kepada mahkamah sesyen dua bulan lalu, pasangan ini menamakan Carsome Sdn Bhd dan Maybank Islamic Berhad sebagai defendan serta menuntut ganti rugi sebanyak RM100,000 daripada Carsome. 

Mereka dalam masa sama turut menuntut pembatalan perjanjian jual beli dengan Maybank Islamic sebelum ini. Mereka juga mahukan yuran tempahan, deposit dan pembayaran selama dua bulan dipulangkan selain ganti rugi RM123,647.86 daripada institusi kewangan tersebut.

Foto sekadar hiasan Foto : Malaysian Reserve

Beli kereta pada November tahun lalu tapi kereta disita PDRM pada Februari tahun ini

Dalam kenyataan tuntutan yang difailkan oleh Messrs Sugu K & Partners, jurutera tersebut menyatakan dia melihat iklan kereta itu di laman web Carsome dan membuat keputusan untuk membelinya dengan harga RM103,697.11 sekitar November tahun lalu. 

Namun tidak sampai beberapa bulan, iaitu pada 12 Februari tahun ini Zulikram telah menerima satu panggilan dari pihak polis yang memaklumkan kereta yang kini menjadi hak miliknya berkemungkinan besar adalah kereta curi. Ia akhirnya disita untuk pengujian Jabatan Kimia.

Enam hari kemudiannya. dia menerima satu notis daripada syarikat insurans yang memaklumkan pemilik terdahulu telah memfailkan tuntutan ‘total loss’ pada tahun 2018.

Tegas Zulikram, Carsome didapati cuai dalam memastikan kenderaan yang dijual mereka bukanlah unit yang dicuri sebelum membuat iklan dalam talian.

Carsome pula dalam pembelaan menjelaskan mereka sebenanrnya bergantung kepada laporan Puspakom yang menyatakan bahawa casis kenderaan tersebut tidak diusik sebelum ia dijual kepada plaintif.

Maybank pula menegaskan pihaknya tidak mengetahui bahawa casis kereta tersebut telah diubah dan mereka bukanlah pihak yang terlibat dalam perkara tersebut.

Jelas mereka lagi, memandangkan kereta tersebut bersatus kereta terpakai, maka jaminan di bawah Seksyen 7(1) Akta Jual Beli tidak terpakai ke atasnya.

Menurut Habizan Rahman, yang mewakili pasangan suami isteri itu, pengurusan kes akan diadakan pada 2 November nanti.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

22 hours ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

1 day ago