Mampu Bertutur 11 Bahasa, Tukang Sapu Di Johor Buat Ramai Orang Kagum

Pada era globalisasi ini, kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai bahasa merupakan satu kelebihan kepada seseorang.

Dengan adanya kebolehan sebeini, pelung untuk mendapat pekerjaan sangatlah tinggi malah komunikasi anda dengan orang luar juga pasti semakin mudah.

Itulah kelebihan yang dimiliki seorang pekerja pembersihan di sekitar pusat bandar dan kawasan tumpuan pelancong di Mersing yang kini mampu bertutur dalam 11 bahasa.

Mohamad Azizi Bahuddin, 42 menggunakan kelebihan selama 12 tahun bertugas di SWM Environment Sdn. Bhd dengan bercampur dan berbual dengan pelancong-pelancong dari pelbagai negara yang sering berkunjung ke Mersing, Johor.

Disebabkan itu dia kini boleh bertutur dalam pelbagai bahasa seperti Jerman, Sepanyol, Itali, Jepun, China, Belanda, Norway, Denmark, Ukraine, Republik Czech dan Rusia.

Foto : ECERD

Minat datang selepas lihat pelancong lebih gemar berbahasa sendiri

Menurutnya minat untuk belajar bahasa asing itu hadir selepas dia melihat rata-rata pelancong lebih gemar bercakap menggunakanan bahasa negara mereka sendiri berbanding bahasa Inggeris.

“Sebagai tukang sapu di sini memang hari-hari sebelum pandemik ini saya berjumpa pelancong asing yang mahu bercuti. Mereka banyak menghabiskan masa di terminal pengangkutan awam Mersing ini sementara menunggu trip ke pulau-pulau.

“Saya juga selalu ditegur dan dirujuk oleh pelancong asing untuk mendapatkan maklumat pelancongan setempat sehingga membolehkan saya bertutur secara asas bahasa negara asing.

“Tambahan pula apabila saya menegur mereka dengan bercakap dalam bahasa Inggeris mereka tidak terlalu gemar dan tidak layan terutama pelancong dari Rusia, kebanyakan mereka memberitahu tidak suka bercakap dalam bahasa Inggeris,” katanya dipetik dari Utusan.

Azizi masih lagi menyimpan nota bahasa asing yang dicatatnya bagi memudahkan dia berinteraksi dengan pelancong di sekitar Bandar Mersing di Johor. Foto : UTUSAN

2 tahun untuk belajar bahasa Inggeris

Jelas Azizi lagi,  dia bagaimanapun mengakui bahasa asing mempunyai nada sebutan yang berlainan justeru iannya sedikit sukar untuk dipelari, namun apabila dia dapat bertutur dengan mereka menggunakan bahasa ibunda mereka, ramai pelancong yang dilihat begitu teruja.

Dia sebelum itu mengambil masa dua tahun untuk mengasah kemahiran bertutur dalam bahasa inggeris sebelum mula mempelajari bahasa lain.

“Setiap kali berbual dengan mereka saya akan catat di kertas agar tidak lupa. Setakat berborak tentang hal yang asas itu saya boleh. Ada pelancong yang menjadi kenalan saya dan kami masih berhubung melalui media sosial.

“Meskipun sekadar pekerja pembersihan saya anggap saya antara paling hampir dengan pelancong di sekitar Bandar Mersing secara tidak langsung berperanan membantu mereka mendapatkan maklumat pelancongan.

“Kemahiran yang diajar kepada saya juga sentiasa ditambah baik agar memudahkan saya berkongsi maklumat, memudahkan pelancong dan memberi gambaran positif kepada daerah Mersing disamping kebersihan persekitaran yang sentiasa menjadi keutamaan kami,” katanya.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

8 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

8 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

9 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

10 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

11 hours ago