“Kalau Tiada Duit Takyah Kunci Pintu”- Pencuri Tinggal Nota Selepas Kecewa Rumah Yang Dipecah Masuk Tak Banyak Hasil

Bunyi macam tak masuk akal bukan? Tapi itulah yang terjadi di India apabila seorang pencuri meninggalkan nota kepada pemilik rumah yang dipecah masuknya gara-gara kecewa gagal mendapat hasil yang lumayan di rumah berkenaan.

Menerusi nota berkenaan, dia meluahkan rasa kecewanya dengan menulis : “Kenapa mengunci rumah sedangkan tiada wang didalamnya”

Difahamkan dalam kejadian yang berlaku di bandar Dewas, Madhyar Pradesh, tuan rumah Trilochan Singh Gaur, yang juga seorang pegawai kerajaan berpangkat tinggi tiada di rumah kerana dia bertugas dan menetap di bandar berbeza.

Malah dia hanya menyedari yang rumahnya dipecah masuk pada sabtu lalu selepas dua minggu insiden berkenaan berlaku.

Nota berkenaan kemudian tular di media sosial sehingga menarik perhatian orang ramai.

Namun menurut Ketua Balai Polis Kotwali, pencuri itu sebenarnya tidak pulang kosong, sebaliknya dia berjaya melarikan wang sebanyak Rs 30,000 (bersamaan RM 16,600) dan barangan kemas dari rumah kediaman berkenaan.

Malah ada menyifatkan pencuri itu berani dengan menulis menggunakan tangannya menggunakan pen dan kertas dengan cop kerajaan milik tuan rumah itu sendiri. Bahkan dia sebenarnya sengaja mencari pasal kerana memecah masuk rumah berkenaan yang merupakan penempatan pegawai kerajaan selain ianya tidak jauh dari rumah seorang pegawai polis daerah yang berpangkat tinggi.

Kes tersebut difahamkan kini dalam siasatan polis daerah.

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

18 hours ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

20 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

20 hours ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

21 hours ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

22 hours ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

23 hours ago