Pengarah Filem Terkenal, Mamat Khalid Meninggal Dunia

Industri perfileman negara sebentar tadi dikejutkan dengan pemergian Pengarah filem terkenal, Mamat Khalid yang disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River, Perak pagi tadi.

Berita duka tersebut dikongsikan Pembantu Perubatan, Din Dressa di akaun Facebooknya.

Ia kemudian disahkan Setiausaha Agung Seniman Malaysia, Hafiz Nafiah yang memaklumkan Allahyarham telah dikejarkan ke hospital selepas pengsan di restoran miliknya di Tanjung Malim

“Dukacita dimaklumkan bahawa seorang lagi permata seni tanah air, Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid telah menghembuskan nafas yang terakhirnya sebentar tadi sekitar pukul 12.30 pagi pada usia 58 tahun.

“Beliau jatuh pengsan di Sarang Art Hub Tanjung Malim  dan  menghembuskan nafas yang terakhir di dalam ambulan ketika dalam perjalanan ke Hospital Slim River.

Maklumat awal yang Seniman perolehi, jenazah akan dikebumikan di Ipoh esok,” katanya menerusi IG rasmi Seniman.

Terdahulu Mamat dilaporkan berada dalam keadaan kritikal pada 25 Januari 2019 akibat masalah paru-paru dan jantung serta ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Petaling Jaya.

Doktor kemudian mengesahkan beliau menghidap pneumonia.

Allahyarham atau nama penuhnya Mohamad bin Mohamad Khalid, 58, yang dilahirkan di Ipoh, meninggalkan isteri, Hasmah Hassan dan lima orang anak iaitu tiga lelaki dan dua perempuan

Beliau cukup sinonim dalam menghasilkan filem komedi satira dan sering menyelitkan isu masyarakat serta kritikan sosial. Karya beliau yang paling popular ialah Hantu Kak Limah, Zombie Kampung Pisang, Man Laksa, Rock Oo, Rock Bro, 16 Puasa, 17 Puasa, 18 Puasa Di Kampung Pisang dan banyak lagi.

Beliau juga merupakan adik kepada kartunis terkenal negara, Datuk Lat.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago