Cikgu Kimia Dari Ipoh Dapat Anugerah Global Teacher Award 2021

Pengorbanan, kegigihan dan usaha keras seorang guru subjek Kimia dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ave Maria Convent Ipoh mendidik anak muridnya terbalas apabila beliau menerima anugerah antarabangsa “The Global Teacher Award 2021”.

Cikgu V Komathy, 38, yang sudah 14 tahun bergelar pendidik menerima pengiktirafan tersebut pada satu majlis secara maya anjuran AKS Education Awards di laman Facebook dan YouTube rasmi mereka semalam.

Difahamkan Cikgu Komathy sudahpun dimaklumkan mengenai kemenangannya oleh pihak penganjur menerusi satu e-mel pada 29 September lalu.

Foto : MSN

Guru lulusan Sarjana Pendidikan Kimia dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagaimanapun mengakui terkejut dan terharu sebaik mendapat perkhabaran gembira tersebut.

“Saya masih tidak boleh percaya dipilih sebagai pemenang daripada 321 calon dari Malaysia dan kira-kira 26,000 penyertaan dari negara lain.

“Daripada jumlah itu, 500 orang disenarai pendek, termasuk enam calon Malaysia,” kata Ibu kepada tiga anak itu dipetik dari Benama.

Pernah menerima beberapa anugerah

Beliau yang sedang melanjutkan pengajian kedoktoran dalam Pendidikan Kimia sebelum ini sudah menerima beberapa anugerah antaranya Anugerah Guru Cemerlang Kimia, Anugerah Wanita Inspirasi Global 2021 dan pingat emas Pameran Inovasi Saintis Muda Malaysia 2021 (Mysie2021) (Sains Persekitaran).

Aktif dalam bidang inovasi

Beliau bukan setakat mendidik malah aktif dalam bidang inovasi dan telah menghasilkan beberapa produk inovasi dalam mencungkil minat pelajar dalam subjek kimia hingga dikenali di peringkat antarabangsa iaitu :

1.‘Chem-Ester Kit: Chem-Ester Kit 2.0’ sebuah produk gameboard pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPC) Kimia berupa modul bimbingan berbentuk kad permainan dan direka bentuk bagi meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap penulisan formula molekul, struktur, penamaan bagi sebatian alkana, alkena, alkuna, alkohol, asid karboksilik serta ester..

2. ‘Biomass Activated Carbon (BAC) for Toxic Dyes Removal: Towards a Sustainable Environment’, sebuah aplikasi ilmu Kimia dalam penyelesaian masalah yang bertujuan mengembangkan karbon aktif biomas daripada tiga sisa pertanian, iaitu serabut tebu, sekam kelapa dan kulit pisang untuk menghilangkan pewarna beracun daripada air yang tercemar.

“Kimia memang subjek kurang digemari kerana penuh formula dan banyak melibatkan pengiraan, oleh sebab itu perlu mendidik dengan cara menghiburkan untuk menarik minat pelajar supaya tidak mudah putus asa untuk mempelajari subjek ini,” katanya.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago