Jangan Abaikan Nasib Nelayan Melaka, Kata NGO

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menzahirkan rasa kesal dengan cara UMNO melayan nasib nelayan di Melaka.

Presiden ABIM Muhammad Faisal Abdul Aziz, menasihatkan ahli politik supaya tidak taksub dengan projek yang juga punca kerajaan Melaka tumbang.

Beliau yang juga merangkap penyelaras Malaysian Interfaith Climate Change Network (MICCN) berkata isu tambakan laut di pesisir pantai Melaka tidak seharusnya dipandang remeh.

Ujarnya, usah menggunakan alasan bahawa nelayan masih boleh meneruskan kehidupan kerana permukaan laut yang luas.

Ini tidak bertanggungjawab dan seakan tidak mempedulikan nasib golongan nelayan yang terkesan akibat dari perubahan ekosistem hidupan marin yang ditangkap khususnya udang geragau (bahan untuk membuat belacan dan cencaluk) yang hidup secara khusus di persisir pantai.

Presiden ABIM Muhammad Faisal Abdul Aziz

Perkara itu dibangkitkan Muhammad Faisal sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, yang juga merupakan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara untuk PRN Melaka.

Terdahulu, Ab Rauf berkata bahawa penambakan laut di negeri itu sememangnya telah dirancang oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan pelaburan di kawasan-kawasan yang mempunyai potensi pembangunan.

Muhammad Faisal juga menegaskan bahawa pesisiran pantai, terutamanya paya bakau, adalah sumber makanan kepada hidupan laut.

Sekiranya rantaian ini diputuskan maka jumlah ikan di laut boleh mengalami kepupusan dan ini tidak mengambil kira kesan pencemaran yang berlaku di laut lagi.

Presiden ABIM Muhammad Faisal Abdul Aziz

Atas dasar itu, ABIM menyeru pengundi negeri Melaka untuk mengambil peranan dalam menyedarkan pemimpin politik yang sedang berkempen.

“ABIM menyeru pengundi negeri Melaka mengambil peranan menyedarkan pemimpin politik yang bertanding untuk mereka komited menghentikan projek yang menjejaskan ekosistem dan hidupan alam tersebut serta menguruskan pentadbiran alam secara berhemah dengan tidak memberikan kesan buruk kepada rakyat”

Lazimnya, mereka perlu menguruskan pentadbiran alam secara berhemah dengan tidak memberikan kesan buruk kepada rakyat, seperti air pasang besar yang lebih kerap dan juga banjir lebih-lebih lagi di kawasan hulu sungai.

ABIM dalam masa sama turut mencadangkan agar kuasa mutlak Ketua Menteri serta exco kerajaan negeri dihadkan dalam membuat keputusan khususya dalam hal yang boleh menjejaskan alam sekitar, seperti penambakan laut dan pembukaan tanah baharu.

Kenyataan yang dibuat oleh Ab Rauf sebelum ini turut menarik perhatian dimana rata-rata dilihat mempersoalkan pendiriannya.

Mereka bertanya, mengapa UMNO membantah projek tambak laut 407 hektar di Pulau Pinang tetapi dilihat lebih mendiamkan diri dengan situasi yang berlaku di Melaka.

Ada yang berpendapat bahawa Melaka adalah antara negeri pelancongan yang utama di Malaysia, dan projek tambak laut sudah tentunya akan membawa kemusnahan kekal alam sekitar.

Netizen juga mengingatkan bahawa kerajaan Melaka tumbang disebabkan ketamakan dan perebutan konsesi berkaitan projek itu.

Foto :FB Suara TV

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago