Mungkin Mengundang Scammer, Hati-Hati Dalam Menyertai ‘Challenge Add Yours’ Di Instagram

Sekitar awal November lalu, Instagram ada memperkenalkan pelekat ‘Add Yours’ bagi membolehkan orang ramai mencipta interaksi umum bersama pengikutnya.

Dengan menggunakan pelekat tersebut di IG Story, mereka bukan sahaja boleh bertanya apa-apa soalan kepada orang ramai malahan boleh melihat respon dan jawapan pengguna yang menggunakan pelekat tersebut.

Ia kemudian menjadi popular hingga tercipta pelbagai Challenge Add Yours di kalangan pengguna media sosial.

Bukan setakat soalan biasa, ramai yang mula bertanyakan soalan terperinci antaranya info peribadi seperti tarikh lahir, tempat tinggal, nama panggilan, nama ibu, tarikh perkahwinan, dan pelbagai lagi.

Q&A ini tanpa disedari telah menyebabkan ramai mula mendedahkan maklumat peribadi sehingga boleh menjejaskan data peribadi mereka sendiri.

Siap sertai cabaran kongsi foto dengan kad identiti

Malah ada yang yang lebih ‘gila’ dan ‘berani’ apabila menyertai cabaran berkongsi foto sambil memegang kad identiti masing-masing selain cabaran berkongsi tanda tangan mereka untuk tatapan pengikut.

Ramai terlepas pandang soalan-soalan sensitif banyak digunakan untuk tujuan sulit seperti kata laluan perbankan & akaun e-mel.

Bagi segelintir pengguna, mereka pasti merasakan informasi yang dikongsikan hanyalah biasa-biasa sahaja namun ramai terlepas pandang soalan-soalan ini banyak digunakan untuk mencipta kata laluan bagi tujuan sulit seperti perbankan, akaun e-mel dan banyak lagi.

Foto Via mediajabodetabek

Ianya jika tidak dikawal pasti akan menyebabkan data anda disalah gunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab anaranya scammer.

Sudah ada mangsa ditipu di Indonesia

Kejadian penipuan ekoran dari perkongsian maklumat ini sudah pun berlaku apabila seorang pengguna Instagram di Indonesia mendakwa dirinya telah ditipu gara-gara berkongsi nama panggilannya.

Kisah tersebut menjadi tular selepas dikongsikan kenalannya, Dita Moechtar di Twitter.

Difahamkan dia tertipu selepas seorang scammer menyamar menjadi rakannya dengan berbekalkan info yang ditelah dikongsikan di challenge tersebut iaitu nama panggilannya ketika kecil.

Ekoran dari penipuan itu, pihak berkuasa di Indonesia sudah pun giat memberikan peringatan kepada orang ramai agar lebih berjaga-jaga bagi mengelakkan diri mereka menjadi mangsa seperti individu berkenaan.

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

2 days ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

2 days ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

2 days ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

2 days ago