Gagal Sampaikan ‘Mesej’, Pemuda Dalam Video Berlakon Jadi OKU Untuk Dapat Parkir Khas Mohon Maaf

Media sosial sejak semalam hangat memperkatakan mengenai penularan sebuah video TikTok memaparkan seorang lelaki berlakon menjadi Orang Kurang Upaya (OKU) demi mendapatkan sebuah parkir yang dikhaskan untuk golongan berkenaan di sebuah pusat beli belah.

Mula tular dan menjadi sohor di Twitter, video itu menimbulkan kemarahan orang ramai yang menyifatkan dia dan rakannya terlalu mementingkan diri dengan menyalahgunakan kemudahan berkenaan selain dilihat tidak menghormati sensitiviti golongan OKU.

Isu tersebut kemudiannya turut menarik perhatian Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang menyelar tindakan kedua mereka.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negara (Wakil OKU) tampil menerusi dua hantaran di Instagram memberikan amaran dan meminta kedua-duanya untuk ke depan dan memohon kepada kepada komuniti OKU di Malaysia.

“Ini kurang ajar namanya. Pohon maaf pada komuniti OKU”

Menyedari tindakan mereka telah menimbulkan isu besar, salah seorang dari mereka iaitu Iswan tampil memohon maaf kepada orang ramai.

Dia dalam masa sama mengakui rakannya itu yang mengalami sumbing lelangit dan masalah pertuturan hanya melakonkan watak berkenaan selepas diminta olehnya untuk berbuat demikian.

“Kawan saya bukan OKU, dia cuma sumbing. Dia tak ada masalah tangan dan kaki macam dalam video.

“Semuanya sekadar lakonan dan saya yang rancang minta dia berlakon sebagai OKU” katanya dipetik dari mStar.

Buat video hanya untuk sampaikan teguran kepada orang ramai

Menurut Iswan, video tersebut sebenarnya dihasilkan demi menyampaikan teguran mengenai sikap segelintir masyarakat yang sering meminggirkan golongan OKU namun dia tidak menyangka mesej yang ingin diberikan tidak kesampaian.

“Orang-orang OKU di mata segelintir masyarakat, kejap ada, kejap tak ada. Saya sendiri ada kenalan dan pengikut di laman sosial dalam kalangan OKU dan mereka meluahkannya.

“Contohnya parking untuk OKU, ada masyarakat yang bukan OKU menyalahgunakan parking itu. Ada je yang selamba guna dan berlakon menjadi OKU.

“Video tu untuk beri mesej mewakili OKU. Kalau OKU bersuara, kadang-kadang kita akan memperlekehkan mereka. Sudut pandangan mereka disishkan”

Mengakui terlepas pandang dalam menyampaikan mesej

Dia bagaimanapun mengakui terlepas pandang dalam memberikan mesej kerana tidak mengakhiri video tersebut dengan nasihat atau larangan kepada masyarakat.

“Saya akui ada sesuatu yang terlepas pandang kat hujung video. Patutnya saya nak beri amaran bahawa perangai seperti lakonan di dalam video adalah tidak baik untuk dilakukan. Tapi saya terlepas pandang, mesej saya mungkin tak sampai sebab tak lengkap. Saya minta maaf sebab salah saya.

“Ia bukan disengajakan, sebab tempat letak kereta di dalam video itu pun bukanlah parkir OKU sebaliknya parkir orang awam. Saya minta maaf sekiranya tindakan kami telah menyinggung perasaan komuniti OKU,”

Mahu jumpa Ras Adiba

Iswan dalam masa sama turut berhajat untuk bertemu dengan Ras Adiba untuk membantu golongan OKU.

“Jika diberi peluang, saya berhasrat untuk bertemu dengan Datuk Ras Adiba bagi membincangkan mengenai hasrat saya untuk ke depan dalam membantu golongan OKU.

“Niat saya untuk membantu OKU, seperti menggunakan platform aplikasi TikTok. Apa yang boleh lakukan di pihak saya, saya akan cuba bantu,” katanya.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

6 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

6 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

7 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

8 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

9 hours ago