fbpx
Now Reading
Sembur Apa Sahaja Di PPS, Aksi ‘Makcik Sanitizer’ Ini Buat Ramai Terhibur [Video]

Sembur Apa Sahaja Di PPS, Aksi ‘Makcik Sanitizer’ Ini Buat Ramai Terhibur [Video]

Dia dilihat sentiasa membawa penyembur nano tersebut ke mana-mana sahaja sebagai persediaan untuk menjalankan ‘tugasnya’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri disaat negara masih lagi berdepan dengan pandemik nyata merungsingkan banyak pihak.

Malah Kementerian Kesihatan (KKM) semalam melaporkan telah mengesan satu kluster komuniti pertama di kalangan mangsa banjir di Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Bentong, Pahang.

Namun disebalik kegusaran tersebut, tular di media sosial sebuah video memperlihatkan seorang wanita yang tanpa henti menyembur cecair disinfeksi pada orang ramai yang berada di sebuah PPS.

Ha tempat korang ada ke? Takde kan? Lemah!

Menerusi video tersebut, makcik ini dilihat akan menyembur menggunakan spray gun pada sesiapa sahaja yang keluar masuk ke dalam PPS tersebut baik di kalangan mangsa banjir mahupun sukarelawan.

Sentiasa dengan Nano Spray di tangan hingga digelar ‘Makcik Sanitizer’

Bahkan dia juga dilihat sentiasa memegang penyembur nano tersebut ke mana-mana sahaja sebagai sebagai langkah membenteras jangkitan sehingga digelar ‘Makcik Sanitizer’

Rutin yang dilakukan makcik ini kemudiannya turut menarik perhatian pengguna Twitter di mana ramai dilihat terhibur dengan sikapnya yang bersahaja.

Ramai dalam masa sama turut menzahirkan rasa terima kasih kerana dia masih prihatin dan peka yang negara masih lagi berdepan dengan pandemik.

Bagus makcik sentiasa jaga SOP

Aku syak makcik ni biro keselamatan

Dia layan semua orang macam anaknya

Hati-hati dengan penyembur

Namun ada juga yang mengingatkan agar beliau tidak tersalah menggunakan semburan kerana ada jenis cecair yang tidak sesuai digunakan kepada manusia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.