Awas! Pemilik Kucing & Anjing Boleh Didenda Jika Si Bulus Berak Merata-rata Di Rumah Jiran

Isu haiwan peliharaan jiran seperti kucing dan anjing yang dibiarkan berkeliaran dan membuang najis merata-rata bukan perkara baharu di negara kita.

Keadaan ini jika tidak dikawal pasti boleh mewujudkan perasaan yang kurang senang sesama tetangga atau lebih buruk lagi hingga mencetuskan permusuhan.

Namun mungkin ramai yang tidak mengetahui, sebenarnya pemilik kucing atau anjing yang membiarkan haiwan peliharaannya berak merata-rata antaranya di rumah jiran boleh dikenakan denda.

Denda RM1,000!

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerusi satu perkongsian di Facebook menjelaskan pemilik haiwan yang tidak bertanggungjawab ini boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 seperti mana termaktub di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Ini kerana kucing dan anjing yang membuang najis merata-rata boleh dianggap sebagai satu ‘kacau ganggu’.

“Dalam Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976, Seksyen 80 menyebut sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) mendapati ada gangguan di kawasan awam atau kawasan persendirian, PBT boleh menghapuskan, menghentikan kacau ganggu ini dengan menghantar notis, mengambil tindakan undang-undang serta ganti rugi.

“Dalam Seksyen 81 pula menyebut apa-apa binatang yang disimpan di sesuatu tempat atau dengan sesuatu cara atau dengan sebegitu besar bilangannya sehingga menjadi satu kacau ganggu,” jelas PPIM yang memetik saluran Youtube, NetxEpisode Channel milik peguam, Nor Zabetha.

Menerusi hantaran sama, PPIM turut menjelaskan seseorang jiran mempunyai hak untuk melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) jika berasakan haiwan yang dibela jirannya  mengganggu ketenteraman.

Hasil carian kami kemudian menemui video itu yang dimuat naik oleh Nor Zabetha.

Selain denda, juga boleh dipenjara

Namun menurut Nor Zabetha, mengikut Seksyen 82 Akta Kerajaan Tempatan 1976, pemilik bukan sahaja boleh didenda malah boleh dikenakan hukuman penjara atau kedua-duanya sekali sekiranya didapati bersalah.

Foto : YT NetxEpisode Channel

Jom lihat video penuh di bawah :

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

ameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

1 min ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

1 hour ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

2 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

2 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

4 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

4 hours ago