Terpalit Kontroversi Billboard Haram, Pengasas Produk Alluskin Tampil Beri Penjelasan

Baru-baru ini media sosial hangat memperkatakan mengenai lambakan papan tanda haram yang terdapat di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan Berhad (PLUS).

Mula dimuat naik Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di akaun Facebook rasmi mereka sebagai laporan operasi, perkongsian tersebut nyata menarik perhatian orang ramai kerana ada di antara papan tanda tersebut yang mempromosikan syarikat-syarikat ternama.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, pihaknya memandang serius isu tersebut kerana ada di antara papan tanda berkaitan yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan sehingga boleh mengundang bahaya kepada pengguna lebuh raya.

Selain itu pembinaan papan iklan secara haram akan mengakibatkan pihak berkuasa tempatan (PBT) kehilangan hasil yang boleh mencecah ratusan ribu ringgit setiap tahun.

Isu ini menyebabkan segelintir netizen mula memandang sinis pada syarikat-syarikat yang menyewa ruang iklan berkenaan seolah-olah mereka hanya mementingkan aspek pemasaran tanpa mengira adakah papan tanda yang dipamerkan mempunyai kebenaran dan permit.

Bahkan ada yang menuduh mereka mampu menjana wang yang banyak namun kedekut untuk membayar lesen.

Terkesan dengan isu tersebut, salah seorang pengasas syarikat yang terpalit, iaitu Dr Nurul A’in Sa’ari  dari Alluskin Sdn Bhd tampil menerusi satu bebenang di Twitter menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi.

Pengiklan ada permit sah

Dr Nurul Ain atau lebih mesra dengan panggilan Dr Aen mendedahkan syarikatnya yang merupakan pengeluar produk penjagaaan wajah dan kulit sememangnya mempunyai permit yang sah sebagai pengiklan iaitu dari Oktober 2020 sehingga Oktober 2021.

Tak berminat perbaharui lesen – berubah kepada pengiklanan digital

Namun sebulan sebelum tamat tempoh, agensi pengiklanan telah menghubungi mereka sama ada ingin menyambung permit berkenaan. Namun pihaknya memilih untuk tidak menyambungnya sebaliknya mahu beralih kepada pengiklanan secara digital.

Sehubungan itu, sebaik tamat tempoh lesen iaitu pada Oktober 2021, pemilik billboard telah dipertanggungjawabkan untuk membawa turun iklan berkenaan.

Namun beberapa bulan berlalu, iklan tersebut masih kekal di sana sehinggalah MBS menjalankan operasi menampal notis ‘iklan tidak berlesen’ seperti yang tular di media sosial.

Sudah dibawa turun pada Ahad, 23 Januari

Terkesan dengan apa yang terjadi, syarikatnya bersama syarikat-syarikat lain kemudian mengarahkan pihak terlibat untuk bertindak sebelum ia akhirnya diturunkan pada Ahad, 23 Januari 2022.

Menerusi bebenang sama, Dr Aen turut memberi peringatan kepada semua pihak agar menjadikan apa yang terjadi sebagai satu pengajaran.

Aen dalam masa sama turut memina tsemua agensi pengiklanan dan pemilik billboard agar memperbaiki servis mereka pada masa akan datang kerana isu ini turut melibatkan imej dan jenama para pengiklan.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

11 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

12 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

13 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

14 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

15 hours ago