“Bukan Berat Buku” -Tular Video Pelajar Di Thailand Jatuh Masa Cuba Galas Beg, Rupanya Penuh Susu Kotak

Sejak semalam, tular sebuah video TikTok memperlihatkan seorang murid sekolah di Thailand yang beberapa kali terjatuh gara-gara beg sekolahnya yang terlalu berat untuk diangkat.

Menerusi video yang dimuat naik seorang pengguna Facebook Halimi Halil, pelajar berkenaan dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk menggalas beg tersebut di bahunya, namun percubaannya selama beberapa kali gagal dek kerana beg tersebut yang begitu berat.

Mungkin penat mencuba, dia akhirnya akur untuk menyeret beg berkenaan sebelum secara tiba-tiba dihampiri oleh seorang lelaki yang baik hati.

Dengan bantuan lelaki berkenaan, dia akhirnya berjaya menggalas beg tersebut sebelum berlalu pergi.

Perkongsian video berkenaan nyata menimbulkan rasa simpati orang ramai khususnya golongan ibu bapa.

Ini kerana apa yang dihadapi pelajar tersebut adalah mirip dengan apa yang sedang dilalui pelajar-pelajar di negara kita iaitu subjek harian yang banyak selain buku sekolah yang begitu berat.

Bukan berisi buku sebaliknya susu

Namun menerusi laporan Nation Thailand, beg kanak-kanak tersebut bukan sekadar berisi buku. Ia sebenarnya dipenuhi 36 kotak susu kecil menyebabkan beg berkenaan menjadi begitu berat.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh seorang guru di sekolahnya yang terletak di Tambon Lagnu, Satun.

Menurut guru berkenaan yang tidak mahu namanya didedahkan, pelajar berusia 7 tahun itu sememangnya seorang yang rajin dan begitu bertanggungjawab. Malah dia tidak mahu menyusahkan ibu bapanya untuk mengangkat beg berkenaan.

Bawa 36 kotak susu kecil

Difahamkan sekolah itu mempunyai kelas sehingga tengah hari pada hari Selasa berkenaan dan para pelajar akan dibawa pulang oleh ibu bapa masing-masing. Ini kerana mereka perlu mengangkat satu karton kotak yang berisi 36 kotak susu kecil yang diberi pihak sekolah.

Namun mungkin kerana terlalu teruja, anak kecil ini telah bertindak memasukkan kotak berkenaan ke dalam begnya lalu pulang tanpa menunggu ibu bapanya seperti kebiasaan.

Si ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Suchada, kemudian mengesahkan perkara berkenaan dan menjelaskan beg anaknya bukanlah dipenuhi buku seperti yang disangka. Sebaliknya ia berat kerana diisi dengan kotak susu berkenaan.

Tambahnya lagi, hanya empat buku sahaja yang ada di dalam begnya pada waktu itu.

“Sebaik saya tiba di sekolah, anak saya dah tiada (pulang).

“Saya kemudian mengejar anak saya yang ditemui di tepi jalan sedang berjalan pulang.

“Saya tidak pernah tahu tentang video tular ini dan hanya membawa anak saya terus pulang ke rumah,” kata Suchada lagi.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago