Elon Musk Tawar RM21k Pada Pemuda 19 Tahun, Minta Henti Stalk & Dedahkan Lokasinya

Bergelar seorang figura umum sememangnya memenatkan, segala aktiviti dan gerak geri anda akan menjadi perhatian umum.

Lagi besar nama anda, lagi kecil peluang anda untuk cuba hidup normal seperti manusia lain.

Terbaharu, usahawan dan lelaki paling kaya di dunia, Elon Musk menjadi topik hangat di kalangan penggemar dunia teknologi apabila dia menawarkan US$5000 (RM21,000) kepada seorang pemuda di Florida, Amerika Syarikat.

Tawaran ini difahamkan agar pemuda tersebut, Jack Sweeney, seorang penuntut di University of Central Florida berhenti dari mengesan dan mendedahkan pergerakannya.

Difahamkan Sweeney merupakan pemilik akaun Twitter @ElonJet yang sentiasa mengesan dan berkongsi lokasi jet peribadi Elon Musk kepada orang ramai.

Tindakan Sweeney ini bagaimanapun kurang digemari oleh Musk yang merasakan ia menganggu privasinya.

Menurut laporan Protocol, Musk kemudian bertindak menghubungi Sweeney dan menawarkannya $5,000 agar dia menghentikan aktivitinya itu. Dia menjelaskan tindakan itu bagi mengelakkan orang-orang gila di luar sana dari dapat mengesannya dengan mudah.

Taknak 5k tapi nak 50K

Namun Sweeney difahamkan melakukan counter offer dengan meminta $50,000 dari Jack dengan alasan untuk menampung kos pembiayaan kolejnya. Malah dia secara santai berkata wang itu juga mungkin boleh digunakan untuk membeli Tesla Model 3.

Namun Musk akhirnya tidak memberikan respon pada permintaan tersebut. Meskipun tiada maklumat lanjut, mungkin Musk merasakan adalah tidak wajar untuk dirinya berbelanja sejumlah wang terebut semata-mata untuk memadam akaun Twitter dengan lebih 100 ribu pengikut itu.

Ramai berdepan perkara sama

Selain Musk, ramai lagi figura umum khususnya dalam bidang teknologi yang turut berdepan perkara sama di mana pergerakan mereka di kesan dan dikongsikan di media sosial antaranya Jeff Bezoz dan Bill Gate

Namun yang menariknya kesemua akaun ini dimiliki oleh Sweeney. Difahamkan Sweeney mempunyai 15 akaun Twitter yang melibatkan individu-individu berprofil tinggi. Namun akaun yang paling banyak pengikut adalah yang mendedahkan lokasi Elon Musk.

Tidak banyak yang dapat dilakukan oleh jutawan-jutawan ini kerana perbuatan pemuda ini sememangnya tidak menyalahi undang-undang.

Ini kerana bot pada akaun-akaun Twitter tersebut menggunakan data daripada transponder ADS-B pada pesawat serta beberapa teknik tambahan lain untuk memastikan data yang dikongsi adalah benar dan tepat.

Dapat perbaiki kemahiran pengaturcaraan

Buat Sweeney, meskipun Musk tidak memberikan respon, dia tetap berpuas hati kerana Musk yang merupakan idolanya mengambil inisiatif untuk menghubunginya secara peribadi.

Bukan itu sahaja, disebabkan semua akaun Twitter ini dia, kini lebih mahir dalam pengaturcaraan sehingga berjaya mendapatkan pekerajaan separuh masa di UberJets sebagai pembangun aplikasi.

Ia satu isu keselamatan

Terdahulu Musk menerusi satu ciapan balas berpendapat tindakan beberapa pengguna media sosial yang sentiasa menjejak pergerakannya sudah menjadi satu isu keselamatan.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago