Perbuatan Lari Dari Bayar Tol Akan Jadi Kesalahan Jenayah Tidak Lama Lagi

Isu pemandu mengelak dari membayar tol bukan lagi satu perkara baharu di negara kita.

Biasanya dilakukan oleh pemandu kereta dengan mencucuk rapat kenderaan di hadapan yang baru membuat pembayaran di plaza tol, tindakan tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja merugikan syarikat konsesi lebuh raya bahkan ianya boleh mengakibatkan perlanggaran.

Namun awas, kerana perbuatan ini bakal dianggap sebagai satu kesalahan jenayah di masa akan datang sekiranya undang-undang mengenainya berjaya diperkenalkan.

Difahamkan peruntukan baharu ini sedang dipertimbangkan bagi membendung perbuatan mengelak dari membayar tol sewaktu menggunakan lorong Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) di lebuh raya pada 2025.

Foto : Faisal Rahim

Menurut Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, bagi mengelakkan ketirisan, kementeriannya sedang meneliti peruntukan undang-undang jenayah baharu terhadap mereka yang culas membayar tol sebagai sebahagian dari pelaksanaan MLFF dalam tempoh 2 tahun akan datang.

“Kami sedang melihat sama ada tindakan mengelak membayar tol boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah atau tidak kerana tiada halangan lorong di bawah MLFF,” katanya dipetik dari FMT.

Tambah beliau lagi, satu peruntukan baharu dalam Kanun Keseksaan dan cadangan pindaan terhadap undang-undang berkaitan termasuk Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Bagi mewujudkan sistem rekod pengesanan kenderaan dan pemandu, kita perlu menghubungkannya dengan pangkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Undang-undang berkaitan perlu diteliti. Mungkin terdapat keperluan untuk undang-undang khas (baharu) atau mungkin undang-undang sedia ada perlu dipinda.”

MLFF Besraya Foto : Green Packet

Mengakui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah berdepan usaha rumit dalam melaksanakan rancangan MLFF, termasuk pelaksanaan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID). Fadillah bagaimanapun merasakan cabaran terbesar yang perlu diberi tumpuan adalah aspek undang-undang.

“Ini cabaran terbesar dan kita perlu mendapatkan persetujuan pemegang konsesi lebuh raya dan pihak berkepentingan lain berhubung undang-undang baru,” katanya lagi.

Baca artikel berkaitan :

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

8 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

8 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

8 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

9 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

9 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

10 hours ago