fbpx
Now Reading
Selepas City, Kini Tular Video Proton Waja Pula Sangkut Tak Lepas ‘Mencucuk’ Nak Elak Bayar Tol

Selepas City, Kini Tular Video Proton Waja Pula Sangkut Tak Lepas ‘Mencucuk’ Nak Elak Bayar Tol

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beberapa hari lalu kami ada berkongsi satu artikel mengenai cubaan tidak menjadi seorang pemandu Honca City yang cuba menyelit dengan mengekori rapat pemandu kereta hadapannya bagi mengelak membayar tol di Putrajaya.

Terbaru kejadian hampir sama berulang tapi kali ini membabitkan sebuah Proton Waja pula.

Menerusi TikTok, seorang wanita telah memuat naik insiden berkenaan yang berjaya dirakam dashcam miliknya dipercayai dilaluan keluar Touch n Go Plaza Tol Ebor Selatan, Shah Alam.

Menerusi video tersebut yang bertarikh 21 Ogos 2021, dia yang sedang mendekati laluan Touch N Go tol berkenaan bagaikan sudah menyedari kewujudan kereta Waja tersebut yang sebelum itu sudah berada rapat dibelakangnya.

Namun sebaik membuat pembayaran, kenderaan tersebut berterusan ‘menghimpitnya’ dari belakang menyebabkan dia yakin bahawa pemandu tersebut sememangnya berniat untuk mengelak dari membayar tol.

Perlahankan kenderaan sebelum berhenti

Enggan memberikan peluang, dia kemudian terus bertindak memperlahankan keretanya sehingga menyebabkan kereta tersebut terpaksa berhenti betul-betul sebelum palang.

Melihatkan palang sudah ditutup sepenuhnya wanita tersebut terus memecut laju sambil tertawa.

Dia taknak bayar! Padan muka!

@jannahalias_sofea

semalam aku terkena hahahahaha! tp yang ni lain .. jenama Proton.. bukan H .. pokemon betul! (abaikan suara kteorg🤣)

♬ original sound – JannahAlias_Sofea

Tindakannya pantasnya kemudian dipuji rakannya. Menerusi rakaman tersebut dia turut memaklumkan kepada rakannya bahawa dia sudah menyedari tindakan kereta terbabit mencucuk rapat

“Aku pandailah sebab aku nampak dia dah rapat,” kata wanita tersebut kepada rakannya.

Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian warga TikTok hingga berjaya meraih 875 ribu tontonan, 1886 komen dan 1071 perkongsian.

Rata-rata dilihat berpuas hati dengan aksi spontan wanita tersebut yang disifatkan berani dengan tindakannya. Malah ramai memuji tindakannya yang peka dengan keadaan sekeliling sewaktu sedang memandu.

Terbaiklah, macam ni baru betul

Puas hati tengok video ni

Semoga dia insaf

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.