fbpx
Now Reading
Netizen Puas Hati Tengok Cubaan Kereta ‘Mencucuk’ Untuk Elak Bayar Tol Tak Menjadi, Siap Diketawakan [Video]

Netizen Puas Hati Tengok Cubaan Kereta ‘Mencucuk’ Untuk Elak Bayar Tol Tak Menjadi, Siap Diketawakan [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak pagi tadi tular di media sosial sebuah rakaman dashcam memperlihatkan aksi sebuah kereta Honda City yang mencucuk rapat sebuah kereta dihadapannya untuk mengelak dari membayar tol di Plaza Tol Mex Putrajaya.

Mula di kongsikan ahli grup YDLAA, Zulfadhli Sabri, video berkenaan nyata menarik perhatian orang ramai selepas dia berjaya menggagalkan cubaan pemandu kereta tersebut.

Daripada rakaman video yang bertarikh 19 Ogos tersebut, dia yang sedang melakukan pembayaran di salah sebuah laluan Touch n Go plaza tol berkenaan kemudiannya dihampiri kereta City berkenaan.

Namun sebaik melintasi palang, kereta dibelakang yang dipercayai dipandu warga asing terus meluru mengekori rapat keretanya dalam cubaan untuk mengelak daripada membayar tol.

Seolah sudah menyedari rancangan pemandu dibelakangnya, dia terus memperlahankan keretanya sebelum berhenti sebaik melepasi palang tol menyebabkan kereta tersebut turut berhenti dan berundur sebaik siren tol dibunyikan.

Kamera belakang

Gelak besar selepas berjaya gagalkan pemandu tersebut

Dia yang berhentu untu beberapa ketika kemudian dilihat bergerak perlahan kehadapan selepas palang tersebut turun sepenuhnya diiringi gelak ketawa seperti berpuas hati dengan kejayaannya menggagalkan cubaan mereka.

Camera depan

Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian netizen yang turut berpuas hati dengan aksi spontannya. Ramai yang turut memuji dan berterima kasih diatas tindakannya ‘mengajar’ pemandu kereta terbabit.

Malah ramai yang turut meluahkan rasa terhibur mereka dengan suara gelak tawa lelaki tersebut sebaik berjaya mengenakan pemandu berkenaan.

Aku suka gelak ‘kejahatan’ ni, puas.

Tindakan yang bijak

Rasa nak gelak sama-sama

Kita tengok pun jadi satu kepuasan

Setakat artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah mendapat 3,600 tanda suka, 664 komen dan 7,900 perkongsian.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.