fbpx

Pemandu Persona Tayang Gari Disahkan Sebagai Anggota Polis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di media sosial rakaman video memperlihatkan aksi seorang pemandu sebuah kereta Proton Persona berwarna silver secara tiba-tiba menayangkan gari sambil memusing-musingkannya ketika sedang pemandu.

Insiden tersebut yang berlaku di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur difahamkan berlaku akibat perselisihan faham melibatkan pemandu Persona tersebut dengan pemilik video.

Penularan video insiden tersebut mencuri perhatian netizen di mana rata-rata meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan ke atas pemandu terbabit.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya, kemudiannya memaklumkan pihaknya sedang mengesan individu berkenaan dan akan melakukan siasatan berhubung kejadian tersebut.

Terbaharu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Ashari Abu Samah mengesahkan pemandu Persona tersebut adalah seorang anggota polis.

Menerusi laporan FMT, Ashari berkata individu berkenaan merupakan anggota berpangkat Lans Koperal dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.

Sehubungan itu, satu siasatan tatatertib juga telah dibuka atas salah laku dari aspek disiplin dan integriti.

Sebagai info, kereta Persona dan Preve berwarna silver sememangnya sinonim dengan PDRM. Namun kereta yang disewa menerusi SPANCO ini turut digunakan jabatan kerajaan yang lain antaranya Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Malah jualan bagi warna sebegini turut dibuka dan ditawarkan kepada orang awam.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.