Jika anda ingat sekitar Januari 2020, taman tema terkenal, Movie Animation Park Studios (MAPS) Perak telah ditutup kepada orang ramai.
Ramai pada mulanya menjangkakan penutupan taman tema tersebut hanyalah bersifat sementara memandangkan notis yang dikeluarkan The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP) daripada Messrs Ernst & Young (E&Y) memaklumkan penutupan akan dilakukan sehingga ke ‘suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak’.
Namun pada November 2021, tular di media sosial keadaan terkini taman tema tersebut yang tidak lagi terurus dan dipenuhi rimbunan semak dan lalang yang meliar tinggi.
Foto-foto tersebut nyata mengejutkan orang ramai yang sebelum ini berharap agar taman tema itu dapat kembali dibuka atau ia bakal menjadi satu lagi lokasi sasaran pasukan paranomal.
Baca artikel berkaitan :“Lambat Laun Jadi Spot Paranormal” – Selepas Lebih Setahun Ditutup, Ini Keadaan Terkini Taman Tema MAPS Perak
Terbaharu, laman Viral Perak di Facebook mendakwa MAPS sudah mula diiklankan untuk dijual kepada umum.
“Movie Animation Park Studio (MAPS), Ipoh akhirnya dilelong,” tulis pengendali laman FB berkenaan.
Merekat turut berkongsi keratan ruangan jual beli hartanah sebuah akhbar tempatan bagi menguatkan dakwaan tersebut.
Menerusi keratan berkenaan, tawaran tersebut diuruskan E&Y yang sebelum ini dilantik untuk mengeluarkan notis penutupan MAPS.
Penjualan ini difahamkan merangkumi semua aset-aset tersedia ada seperti hartanah berpegangan bebas (Freehold), bangunan, jentera, perabot serta semua peralatan pejabat di dua lokasi yang dinyatakan.
Menerusi iklan sama, tawaran ini akan dibuka sehingga 5 petang, 1 April 2022.
Sebagai info, MAPS yang dibina dengan kos RM520 juta merupakan taman tema pertama di Asia yang berkonsepkan animasi sepenuhnya., Namun sayangnya ia hanya mampu bertahan selama 3 tahun sebelum operasi mereka digantung.
Mereka sebelum itu sudah pun berdepan pelbagai masalah antaranya masalah tunggakan bil elektrik hampir RM4 juta hingga menyebabkan bekalan mereka terpaksa dipotong Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…