Cikgu Ini Kongsi Apa Yang Menjadi Punca Tercetusnya Perang Rusia-Ukraine [Video]

Seluruh dunia ketika ini sedang tertumpu ke Eropah Timur ekoran dari Perang Rusia-Ukraine yang sudah memasuki hari kedua.

Meskipun jauh beribu batu dari Malaysia, konflik ini turut tidak terkecuali dari menjadi topik perbualan dan perdebatan pengguna media sosial termasuklah di negara kita.

Ada yang tampil menyokong ketegasan Ukraine menjaga kedaulatan negara mereka dan ada juga yang dilihat bersetuju dengan tindakan Rusia hingga menyifatkan ia bukan pencerobohan sebaliknya hanya satu ‘operasi ketenteraan’.

Baca artikel berkaitan :

Perang Dengan Rusia Sudah Bermula, Menteri Ukraine Mohon Bantuan Dunia Agar Ianya Dihentikan

Bagaimana Perang Rusia-Ukraine Memberi Kesan Kepada Malaysia

Namun apakah punca sebenar yang menyebabkan konflik yang sudah melarat melebihi beberapa tahun ini bertukar menjadi satu peperangan dan pencerobohan?

Menerusi TikTok, guru atau tutor sejarah dan geografi popular, Sir Syahmi telah berkongsi secara ringkas kepada orang ramai faktor yang menjadi punca tercetusnya perang tersebut.

Menurut Sir Syahmi, Rusia dan Ukraine suatu masa dahulunya merupakan sekutu kuat. Kenyataan ini merujuk kepada hubungan mereka sebagai blok timur di zaman Kesatuan Soviet (USSR) yang berakhir pada 1991 selepas perang dingin tamat.

Namun selepas terbubarnya USSR, Ukraine difahamkan mula berhasrat untuk menyertai blok barat iaitu Pertubuhan Perjanjian Altantik Utara (NATO) yang turut dianggotai Amerika Syarikat (AS). Hasrat itu semakin kuat sejak beberapa tahun yang lalu.

Apa itu NATO dan perang dingin?

@sirsyahmi92 Reply to @marahdbiru #sejarah #tiktokguru #learnontiktok #gurusejarah ♬ She Share Story (for Vlog) – 山口夕依

Kita kembali kepada kisah Ukraine- Rusia tadi.

Meskipun perkara ini sudah dijangkakan – dek kerana hubungan Rusia dan Ukraine yang sudah lama dingin, Rusia bagaimanapun tidak lagi mampu mengawal kemarahan mereka.

Pada mereka, tindakan bekas negara jiran Sovietnya itu menyertai pertubahan berkenaan hanya akan menimbulkan risiko keselamatan terhadap mereka.

Ini kerana kuasa-kuasa besar yang turut menganggotai NATO seperti Amerika Syarikat akan dibenarkan untuk menghantar aset dan tenteranya untuk berpangkalan di Ukraine sekaligus membua ruang untuk memerhatikan Rusia yang berkongsi sempadan dengannya.

Keadaan ini membuatkan Rusia merasa begitu terancam apatah lagi seluruh dunia tahu yang mereka dan Amerika Syarikat sememangnya bermusuhan dari dahulu lagi.

@sirsyahmi92 #learnontiktok #tiktokguru #jombelajar #fyp ♬ Epic Motivational – StereojamMusic

Foto header : TikTok, Twitter

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

Blockout2024: “Tidak Perlu Sampai Memaki & Memalukan”- Siti Nurhaliza

Jelas penyanyi nombor satu negara itu, sekiranya seseorang mahu menegur, ia harus dilakukan dengan beradab…

15 mins ago
  • Trending

Peniaga Jual Nasi Arab Ayam ‘Seekor’ RM35 Tarik Perhatian Ramai [Video]

Menerusi video, turut kelihatan peniaga gerai makan tersebut meletakkan seekor ayam di atas dulang yang…

24 mins ago
  • Trending

“Kesiannya, Dah Lah Tak Banyak” – Ramai Sedih Lihat Harimau Belang Maut Dilanggar Di Bentong [Video]

Kejadian dipercayai berlaku pada awal pagi tadi (16 Mei) sebelum penemuan harimau belang itu dilaporkan…

29 mins ago
  • News
  • Trending

Polis Sahkan Terima Laporan Resit Pesanan Piza Mengandungi Ayat Hina Islam [Video]

Hasil siasatan dilakukan mendapati pihak restoran terbabit menerima pesanan mengandungi ayat menghina Islam menerusi sebuah…

1 hour ago
  • Trending

Risau Pesakit Mungkin Kena Tunggu Lama, Notis Permohonan Maaf Hospital Undang Perhatian

Menurut kenyataan itu, ia berikutan hospital berkenaan berhadapan dengan masalah kekurangan doktor yang kebanyakannya telah…

1 hour ago
  • Automotif
  • Tips
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kereta Terbakar Ketika Memandu? Ini Langkah-langkah Yang Perlu Diambil [Video]

Lelaki itu turut menasihati pemandu agar tidak kembali ke kenderaan jika semata-mata untuk melihat kebakaran…

3 hours ago