“Pandai Cakap Nogori” – Video Nyonya Fasih Berdialek N9 Dapat Perhatian Netizen

Untuk fasih pada sesuatu bahasa dan dialek sesebuah negeri bukanlah satu perkara yang mudah terutama jika anda adalah orang luar, di mana ia memerlukan praktis yang lama.

Menerusi TikTok, seorang pengguna @MazzYaakub telah berkongsi satu video perbualannya bersama jirannya seorang warga emas berketurunan cina yang dilihat fasih menggunakan dialek Negeri Sembilan.

Menurut MazzYaakub, wanita yang digelar dengan panggilan Nyonya itu telah berpindah ke Negeri Sembilan sejak beliau mula berkahwin.

Di dalam video itu, kedua-dua mereka sedang berbual santai bercerita mengenai keadaan Nyonya yang sudah tidak berdaya untuk melakukan banyak aktiviti seperti berjalan lama disebabkan kondisi pinggangnya.

Malah hubungan kedua mereka juga dilihat amat akrab sehingga Nyonya ini turut menitipkan ang pao buat anak lelaki Mazz Yaakub yang bernama Muhammad atas tanda ingatannya kepada kanak-kanak itu.

@kak.mazz

♬ Belum Siap Kehilangan – Afiq Adnan

Perkongsian video itu nyata menjadi tumpuan netizen memandangkan Nyonya dilihat begitu petah berdialek Negeri Sembilan selain mereka dilihat begitu akrab dalam berjiran.

Ramai yang kemudian meluahkan rasa kagum mereka dan mendoakan kesihatan Nyonya dan juga Mazz.

“Pandai cakap nogori”

“Baiknya aunty”

Bukan seorang diri, ada anak yang jaga

Dalam pada itu Mazz memberitahu kami, nyonya ini juga seorang yang mampu dan tidak hidup seorang diri, sebaliknya dia masih mempunyai anak-anak yang menjaganya. Beliau bagaimanapun difahamkan lebih selesa untuk duduk di rumahnya sendiri.

Setakat artikel ini ditulis, video ini telah mendapat 245.1 ribu tontonan, 15.8 ribu tanda suka dan 461 komen serta 334 perkongsian di TikTok.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago