Kami yakin semua sudah cukup tahu yang rakyat Malaysia yang sudah bekerja dan cukup syarat diwajibkan untuk membuat pentaksiran cukai dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Justeru setiap Mac, mereka yang layak ini perlulah mengisytiharkan pendapatan mereka sekaligus membayar cukai sekiranya perlu.
Baca artikel berkaitan : Ramai Masih Keliru, Ini Sebenarnya Jumlah Gaji Yang Layak Dikenakan Cukai Pendapatan
Dengan teknologi yang semakin canggih, ramai dari pembayar cukai kini dilihat lebih selesa menggunakan kaedah e-Filing iaitu penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik menerusi laman web LHDN.
Mungkin isu ini bukanlah satu perkara besar untuk mereka yang sudah lama menggunakan e-Filing, namun bagi anda yang pertama kali, pasti ia agak merumitkan.
Namun usah khuatir kerana seorang Perunding dan Penganalisis Kewangan (CFP, IFP) Nizamuddin Jasman telah berkongsi panduan lengkap yang pasti memudahkan anda untuk mengisi e-Filing bagi tahun 2021 menerusi satu perkongsian di Twitter miliknya.
Jom kita ikuti perkongsian beliau di bawah:
Ini adalah untuk tahun taksiran 2021, jadi ada beberapa perbezaan dari tahun 2019/2020 ya. Interface juga lengkap dengan fungsi dashboard.
Jikalau anda ada pasangan yang bekerja sangat digalakkan buat berasingan kerana tax relief yang banyak boleh anda manfaatkan. Nak buat asing-asing juga tiada masalah.
Cukai ditanggung majikan : Kebiasannya hanya expatriate sahaja cukai mereka dibayar majikan. Boleh rujuk EA Form anda. Kalau anda pilih ya, get ready next year jumlah cukai yang perlu dibayar akan meningkat.
Terdapat 3 seksyen untuk pelepasan ini (rujuk gambar di bawah)
Disini anda akan tahu pada kadar berapa % anda dikenakan cukai. Semakin banyak tax relief anda letak, maka makin kurang kadar cukai anda. Jadilah rakyat yang bijak
Baca artikel berkaitan :
Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…
Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…
Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…
Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…
Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…
Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…