Pelajar Umur 12 Tahun Untung RM4.1 Juta Hasil Jualan Karya NFT

Non-Fungible Token atau lebih dikenali sebagai NFT adalah token digital hangat yang selalu menjadi bualan ramai terutamanya di kalangan mereka yang aktif dalam bidang kripto.

NFT juga menjadi salah satu cara di mana kebanyakkan anak seni menjual hasil karya seni mereka dan seterusnya mendapatkan keuntungan yang sangat tinggi.

Peluang ini turut tidak dilepaskan oleh seorang kanak-kanak bernama Benyamin Ahmed, beliau merupakan seorang pakar kripto yang berumur 12 tahun dan hasil dagangannya telah mencecah lebih daripada 3 juta pound ( RM16.4 juta).

Walau bagaimanapun, Benyamin mula belajar daripada ayahnya mengenai kod ini sejak berumur 5 tahun lagi.

Kredit gambar: DailyMail

Kanak-kanak itu, mula mengeluarkan koleksi NFT yang bertemakan ikan paus piksel berwarna-warni, malah koleksinya itu habis dijual dalam masa beberapa jam sahaja.

Hasil daripada jualan itu, beliau telah mendapat sebanyak 110,000 pound (RM 606,872.58). Bukan itu sahaja, melalui hasil jualan itu serta hasil seni yang lain telah meningkatkan jumlah keuntungannya di dalam NFT sebanyak 750,000 pound bersamaan RM 4.1 juta.

Namun begitu, difahamkan bahawa Benyamin tidak mempunyai akaun bank dan beliau tidak pernah mengeluarkan mahupun satu sen daripada hasil jualannya itu.

Kredit gambar: DailyMail

Akan tetapi, sesetengah pihak berpendapat bahawa hasil mata wang kripto yang dipanggil Ethereum itu boleh berkurang sekiranya pelabur menarik diri.

Sementara itu, Benyamin berkata bahawa NFT ini mempunyai masa depan yang cerah sebagai mata wang dan beliau berada di platform ini untuk mengasah bakat dan meluaskan lebih banyak peluang.

Secara keseluruhan, koleksi Weird Whales beliau kini telah mencecah sehingga $5 juta (RM20.8 juta),malah dia juga mendapat komisyen serta royalti jika NFT itu dijual semula.

Ayah kepada Benyamin iaitu Imran berkata “la bukanlah kerana wang ringgit tetapi Benyamin lebih fokus kepada ilmu dan wang yang diterima adalah bonus buatnya.

“Saya lebih gemar melihat mereka menghabiskan waktu dengan perkara yang mereka suka,” kata Imran lagi.

Menurut Imran, beliau sering melatih anaknya itu dengan menyediakan latihan kod setiap hari sehingga membuatkan kanak-kanak itu tertarik, dan seterusnya mempunyai minat yang mendalam terhadap bidang itu.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

6 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

7 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

7 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

7 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

7 hours ago