Public Health Malaysia Gesa Hentikan Aktiviti Pemasaran Garam Buluh Secara Berlebihan

Penggunaan garam dalam masakan adalah sebagai bahan penambah perasa untuk membuatkan makanan yang dimasak itu rasa lebih sedap.

Selain itu, ia juga berfungsi untuk memastikan fisiologi badan berada pada tahap optimum. Namun penggunaan garam yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya pelbagai komplikasi kepada kesihatan tubuh seseorang.

Hentikan marketing melampau konon garam merawat penyakit

Menerusi perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia (PHM) menggesa peniaga yang menjual produk berasaskan garam untuk menghentikan aktiviti pemasaran secara berlebihan dengan menyatakan ia sebagai bahan untuk merawat penyakit.

“Garam buluh, garam himalaya, garam korsher, dan garam laut merupakan sejenis garam yang mengandungi kandungan Natrium (Sodium) yang hampir sama. Oleh itu, pengambilan harian perlu dihadkan dan tidak melebihi satu sudu teh sehari.

“Garam buluh merupakan sejenis garam biasa yang dimasukkan ke dalam buluh, kemudian dibakar selama enam hinga lapan jam,” tulisnya di dalam Facebook.

Tambahnya lagi, walaupun ia berkemungkinan lebih bersih serta mengandungi kandungan potassium yang lebih tinggi, namun ia tetap sejenis  garam dan tidak berkesan untuk merawat penyakit kronik.  

Pelajar terkena Hypernatraemia kerana makan 150g garam setiap hari

PHM turut memaklumkan, sebelum ini telah berlaku satu kes di mana seorang pelajar berusia 20 tahun telah dikejarkan ke bahagian kecemasan setelah mengalami muntah berterusan melebihi sepuluh kali dan cirit-birit untuk dua hingga tiga jam.

“Melalui pemeriksaan lanjut mendapati tubuh badannya lemah dan mendapati paras garam Sodium terlalu tinggi dan keadaan ini dikenalpasti sebagai Hypernatraemia,” kata kenyataan itu lagi.

Ini kerana pesakit telah mengamalkan pengambilan garam buluh sebanyak 150 gram setiap hari selama sepuluh hari bertujuan untuk membantu penghadaman serta mengurangkan berat badan.

Manakala, dalam kes berlainan seorang pesakit buah pinggang kronik yang stabil serta dalam pemantauan pakar buah pinggang datang dengan kerosakkan buah pinggang kerana pengambilan garam buluh untuk menyembuhkan masalah buah pinggang.

Pengambilan berlebihan berisiko kepada penyakit hipertensi

“Pengambilan garam berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit hipertensi, yang jika tidak dikawal akan menyebabkan penyakit jantung serta penyakit angin ahmar. Apabila minuman seperti kopi pun ditambah dengan garam buluh, bayangkan berapa banyak garam yang anda ambil setiap hari,” kata perkongsian itu lagi.

Kredit gambar: Freepik / pixabay

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

12 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

13 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

14 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

14 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

16 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

16 hours ago