Sejak semalam, tular di Twitter beberapa klip video pergaduhan melibatkan seorang wanita dan beberapa orang lelaki di tepi sebuah padang bola.
Insiden tersebut yang dimuat naik @RobotDuit nyata mencuri perhatian ramai apabila wanita itu dilihat begitu berani sehingga menyebabkan berlakunya pergelutan di antara dia dan sekumpulan penyokong lawan yang terdiri dari beberapa orang lelaki.
Difahamkan insiden berlaku sewaktu perlawanan akhir Liga Puncak Alam membabitkan dua kelab bola sepak iaitu COFC dan juga Bandar Putera FC (BP2) pada 22 Mac lalu.
Menerusi video tersebut, wanita berkenaan dilihat melemparkan tong sampah ke arah sekumpulan lelaki di tepi padang sebelum ditenangkan oleh beberapa orang rakan-rakannya.
Namun tindakan yang dilakukannya menaikkan kemarahan kumpulan berkenaan apabila beberapa dari mereka kemudiannya menerpa ke arahnya sehingga berlaku tolak menolak yang akhirnya menjadi pergelutan.
Menerusi satu lagi video, insiden menjadi lebih tegang apabila ada individu yang membaling satu lagi tong sampah dan kali ini dihalakan ke arah tempat duduk penyokong.
Pengguna Twitter ini turut berkongsi satu tangkap layar perbualan WhatsApp yang mendakwa insiden berlaku disebabkan wanita ini tidak tahan mendengar ayat-ayat cacian yang dilontarkan sekumpulan lelaki yang dipercayai penyokong kelab bola sepak COFC.
Perkongsian ini bagaimanapun menimbulkan perdebatan hangat di Twitter apabila ada yang dilihat kurang bersetuju memandangkan statusnya sebagai seorang wanita yang dilihat secara terang-terangan diserang oleh beberapa orang lelaki.
Namun ada juga yang berpendapat status jantina bukan lagi ukuran memandangkan dia telah melakukan tindakan ‘berani mati’ dengan membaling tong sampah tersebut ke arah orang lain.
Carian kami mendapati salah satu kelab bola sepak terlibat iaitu COFC sudah pun membuat satu permohonan maaf berhubung insiden berkenaan.
Mereka yang tampil menerusi satu kenyataan di Facebook menjelaskan sedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak berkuasa dalam menyelesaikan isu yang timbul ini.
Menurut Pengurus COFC, Mohd Firdaus Azme insiden bermula dengan ejekan di antara para penyokong kedua-dua pasukan yang kebetulan duduk berhampiran di tempat duduk penyokong.
Suasana menjadi menjadi lebih panas apabila beberapa pemain pasukan lawan mula berasa tidak berpuas hati dan memberikan respon terhadap ejekan yang diterima pasukan mereka.
“Dari ejekan ia berterusan hingga menjadi cacian dan makian. Sampai satu tahap, seorang penyokong wanita pasukan lawan mula berasa tidak tahan lantas membaling beg ke arah penyokong kami.
“Balingan pertama (beg) tidak dilayan kerana dia seorang perempuan. Namun ada perkataan yang membuat dia marah, dia kemudian mengambil sebuah tong sampah dan dicampak ke arah penyokong kami, dan balingan itu terkena pada seorang warga emas.
“Tindakan itu menyebabkan beberapa penyokong menerpa ke arahnya” kata Firdaus Azme kepada BuzzKini.
Tambahnya, insiden menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan selama 10 minit sebelum ia berjaya dileraikan dengan bantuan anggota polis dan pemain kedua-dua pasukan.
Namun perlawanan berjaya disambung semula selepas penyokong di antara kedua-dua kelab berdamai dan berbaik.
“Kami (di antara kelab) baik dan kenal sesama sendiri, penyokong yang mungkin tidak kenal.
“Perlawanan juga kemudian berjaya disambung semula hingga perlawanan tamat. Penyokong juga diasingkan dan apabila habis perlawanan semua bertepuk tangan dan memohon maaf sesama sendiri,” kata beliau lagi.
ameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…
TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.
Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…
Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…
Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…