fbpx
Now Reading
Owner Lupa Beri Oyen Makan, Sekali Rider HappyFresh Datang Tolong, Siap Tunggu & Kemaskan Pinggan [Video]

Owner Lupa Beri Oyen Makan, Sekali Rider HappyFresh Datang Tolong, Siap Tunggu & Kemaskan Pinggan [Video]

Menurut kenyataan pada video, Muhammad Firdaus menjelaskan dia terpaksa memohon bantuan rider berkenaan untuk menyediakan makanan menerusi aplikasi HappyFresh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dapat dinafikan setiap kali berlaku sesuatu insiden atau musibah di jalan raya, geng-geng rider penghantaran sering dilihat menjadi individu terawal yang akan tampil membantu menyelesaikan apa yang perlu.

Sikap murni dan prihatin dalam apa sahaja keadaan yang timbul membuatkan mereka sering dicop sebagai hero jalanan, baik dari membantu pihak berkuasa dalam kes samun, membantu mangsa kemalangan, merelaikan pergaduhan dan macam-macam lagi.

Terbaharu, seorang rider HappyFresh menjadi bualan di TikTok apabila dia menunaikan permintaan pelanggannya untuk memberikan kucing milik pelanggan tersebut makan.

Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuatnaik oleh pelanggan berkenaan iaitu Muhammad Firdaus di TikTok, rider itu dilihat memanggil kucingnya yang berwarna oren sebelum menghulurkan pinggan berisi makanan kepadanya.

Dia bagaimanapun tidak segera pergi sebaik si oyen menjamah makanan yang diberikan, sebaliknya menunggu sehingga selesai sebelum mengemaskan kembali pinggan tersebut.

Minta bantuan masa order makanan kucing menerusi HappyFresh

Menurut kenyataan pada video, Muhammad Firdaus menjelaskan dia terpaksa memohon bantuan rider berkenaan untuk menyediakan makanan menerusi aplikasi HappyFresh.

Dia berbuat demikian gara-gara keluarganya terlupa untuk memberikan si oyen makan sebelum keluar membeli barangan persiapan Hari Raya.

“Haritu family aku lupa nak bagi makan kucing sebelum keluar beli baju raya. Jadi aku order makanan kucing sekali dengan pinggan dari HappyFresh lepas tu minta tolong rider tu berikan makanan kat kucing aku.

“Dia tunggu kucing aku makan sampai habis dan tolong kemaskan balik. Semoga diberikan rezeki yang melimpah untuk abang rider HappyFresh ini,” tulis Firdaus.

@fir_114

Tolong orang ❌Tolong kucing ❌Tolong Owner Kucing & Si Oyen ✅Terima kasih abang rider HappyFresh 💪

♬ original sound – Muhammad Firdaus

Nampak sangat abang rider itu seorang pencinta kucing. Salute!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.