‘Seperti Satu Trend’- Mufti Kedah Beri Peringatan, Jangan Buka Buka Aib Pasangan Di Media Sosial

Sejak akhir-akhir ini, perbuatan mengaibkan pasangan di media sosial seolah-olah sudah menjadi satu trend. Malah ia dilakukan tanpa memikirkan kesan yang bakal berlaku di masa akan datang.

Perkara ini sebenarnya adalah dilarang terutama bagi mereka yang beragama Islam meskipun ia hanyalah bertujuan untuk meraih tontonan ramai.

Aib pasangan perlu disimpan agar tidak mendatangkan mudarat pada sebuah perkahwinan

Foto: Freepik

Mufti Kedah Datuk Syeikh Fadzil Awang menyatakan, aib seorang isteri mahupun suami hendaklah disimpan bagi mengelak dari berlakunya sesuatu yang lebih mudarat pada rumah tangga.

“Kini menjadi trend buka aib pasangan, lelaki buka aib isteri dan begitu sebaliknya. Ia tidak sepatutnya berlaku dalam rumah tangga terutama pada Ramadan ini.

“Apa yang mereka harapkan dengan membuka aib pasangan, Ramadan mendidik supaya kita beramal ibadat.

Individu yang terlibat hendaklah menghentikan amalan mendedahkan kelemahan pasangan.

“Mereka di luar yang terbabit tolong hentikan dan jaga maruah pasangan kita, jangan mendedahkan kelemahan isteri atau suami kita,” jelasnya ketika dihubungi media.

Sebelum ini, tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan seorang lelaki telah merakam perbuatan isterinya yang makan secara terbuka di kawasan awam sewaktu umat Islam yang lain sedang berpuasa.

Perbuatan tersebut bagaimanapun telah mengundang kecaman dari warganet yang tidak bersetuju dengan perkara itu.

Fadzil turut menjelaskan perbuatan tidak bermoral itu boleh menyebabkan berlakunya bibit keruntuhan rumah tangga apatah lagi jika pasangan masing-masing menjadi trauma kerana dikecam oleh orang ramai selepas dirinya tular di media sosial.

Munasabah dan berfikir jauh tentang kesan yang bakal berlaku

Tambahnya, sebagai umat Islam kita perlu muhasabah diri serta berfikir mengenai kesan yang akan berlaku dalam jangka masa panjang terhadap kehidupan.

“Kesannya kita sendiri sedia maklum, ia akan menyebabkan pasangan saling tidak mempercayai antara satu sama lain dan tidak lagi hormat menghormati antara satu sama lain.

“Mereka juga akan saling salah menyalahkan. Ini bercanggah dengan adab rumah tangga dalam Islam yang mewajibkan pasangan menghormati suami atau isteri masing-masing,” jelas Fadzil lagi.

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

ameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

3 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

4 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

4 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

6 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

6 hours ago