Tular Kisah Rider Makanan Hilang & Tinggalkan Motosikal Berhabuk, Lelaki Ini Kongsi Apa Yang Terjadi

Sejak Isnin (25 April) tular di media sosial satu hantaran seorang pengguna Facebook, Farhan Faris di grup GrabFood Malaysia yang bertanya kepada orang ramai mengenai penemuan sebuah motosikal milik penghantar makanan Foodpanda di sebuah pusat beli belah di ibu negara.

Menerusi perkongsian tersebut, Farhan telah bertanya kepada para rider jika ada di kalangan mereka yang mengenali pemilik motor tersebut. Jelasnya ada maklumat yang mengatakan pemilik itu ‘lesap’ sewaktu sedang bekerja di sebuah kawasan di LaLaport, Kuala Lumpur.

Motosikal itu difahamkan telah ditinggalkan di kawasan parkir yang dikhaskan untuk rider di pusat beli belah terbabit.

Moto dalam keadaan berdebu seolah-olah sudah lama ditinggalkan

Menerusi foto yang dikongsikan, jelas motosikal itu dalam keadaan yang begitu berhabuk seolah-olah telah berada di sana dalam satu tempoh yang agak lama.

“Assalamualaikum nak tanya rider, kenal tak owner moto Foodpanda ni. Katanya owner ghaib waktu buat job.

“Ada dengar kisah jugak.Motosikal dah lebih dekat sebulan kat sini. Nak tanya siapa yang kenal, takut family cari ke nak tuntut motosikal ke. Lokasi Area LaLaport, tempat parkir rider,” ajunya kepada ahli grup tersebut yang terdiri dari para rider GrabFood.

Perkongsian tersebut kemudiannya mula dikongsikan para rider hingga turut tular di platform media sosial lainnya. Namun disebabkan kehilangannya yang begitu misteri selain keberadaan motosikal itu di LaLaport, ada yang mula mengeluarkan teori ‘mistik’ bahawa ia ada kaitan dengan sejarah tempat tersebut yang bekas tapak Penjara Pudu.

Dipercayai ditahan pihak berkuasa atas beberapa kesalahan

Namun tidak lama kemudiannya, seorang pengguna Facebook, Apiz Mazuke tampil memberikan komen memaklumkan kejadian itu tiadak kaitan dengan perkara mistik.

Sebaliknya dia mendakwa motosikal itu adalah milik seorang rider yang telah ditahan pihak polis atas beberapa kesalahan.

Menurut Apiz Mazuke, individu berkenaan ditahan kerana didapati berada di bawah pengaruh dadah selain membuat kekacauan di pusat beli belah itu.

Tambahnya individu tersebut juga juga mempunyai rekod dalam carian Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menerusi hantaran sama, dia turut mengakui adalah orang yang bertanggungjawab menahan individu terbabit.

Sehubungan itu dia meminta keluarga atau kenalan yang ingin mencari individu terbabit untuk melakukan carian di IPD Dang Wangi. Dia dalam masa sama turut meminta orang ramai agar menghentikan teori bahawa isu berkenaan mempunyai kaitan perkara mistik.

“Kes motor ni, saya yang tangkap atas kes di bawah pengaruh syabu dan buat kecoh di Mitsui Lalaport. Dia juga mempunyai rekod dalam carian PDRM. Harap keluarga cari dia di IPD Dang Wangi. Hentikan cerita berkaitan mistik nie.”

Apiz Mazuke

Foodpanda sedang mengesan pemilik motosikal

BuzzKini sudah menghubungi Foodpanda berkaitan isu ini. Mereka memaklumkan sedang berusaha untuk menghubungi rider berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Namun cubaan pihak kami untuk menghubungi Apiz Mazuke masih tidak berjaya kerana tiada sebarang jawapan balas yang diberikan.

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

18 hours ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

19 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

19 hours ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

21 hours ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

21 hours ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

23 hours ago