fbpx
Now Reading
HappyFresh & Sherson Lian Buat ‘Come Back’ Bantu Golongan B40 Dengan Inisiatif ‘Bakul Berkat’
sherson lian

HappyFresh & Sherson Lian Buat ‘Come Back’ Bantu Golongan B40 Dengan Inisiatif ‘Bakul Berkat’

Sherson juga diberi pilihan untuk memilih sendiri komuniti yang ingin dibantu menggunakan dana sejumlah RM30,000 daripada HappyFresh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada penghujung Mac lalu, HappyFresh dan cef selebriti terkenal iaitu Sherson Lian telah hangat diperkatakan di media sosial apabila kedua-dua pihak ini bergabung dalam sebuah video.

Video tersebut menceritakan bagaimana Sherson Lian menghargai rider HappyFresh iaitu Syahir yang telah berkhidmat untuk menghantar pesanannya selama bertahun-tahun.

Oleh itu, Sherson berpendapat mungkin dia perlu melakukan kejutan buat Syahir dengan memasak sesuatu yang istimewa dan simple untuk dihidangkan buat Syahir.

Paling penting, menu itu dimasak dengan air tangannya sendiri.

Nama pun cef, masakkan pasti ‘top-notch’.

Jadi, Sherson membuat keputusan untuk mengenali rider HappyFresh dengan lebih rapat setelah bertahun-tahun berurusan dengannya.

Kalau sebelum ini dia hanya memesan secara online, rider hantar, itu sahaja. Tapi kali ini, Sherson membuat kejutan lain daripada yang lain.

BACA PENUH: [Video] Chef Terkenal, Sherson Lian Santuni Rider HappyFresh, Siap Jamu Makan Minum!


HappyFresh beri dana RM30,000.

Inisiatif yang dilakukan oleh Sherson itu ternyata membuahkan hasil apabila pihak HappyFresh menghubungi Sherson sendiri menerusi e-mel untuk bekerjasama dengannya sekali lagi bagi menghasilkan satu projek.

Sherson juga diberi pilihan untuk memilih sendiri komuniti yang ingin dibantu menggunakan dana sejumlah RM30,000 daripada HappyFresh.

Oleh itu, Sherson memilih untuk menyediakan bantuan makanan serta keperluan asas seperti peralatan mandian, tilam dan banyak lagi kepada lebih 250 keluarga serta mangsa banjir di Hulu Selangor dan juga komuniti B40 yang tinggal di flat berhampiran Tasik Permaisuri.


The Plan.

Tanpa melengahkan masa, Sherson menghubungi pihak-pihak tertentu bagi merealisasikan impian HappyFresh dan menjayakan misi bantuan berkenaan.

Sherson seterusnya tampil dengan idea lebih bernas di mana dia merasakan perlu memasak juadah berbuka puasa buat komuniti berkenaan. Sambil beri bantuan, bolehlah beri mereka peluang merasai sendiri air tangan selebriti chef ini, kan?

Tapi sebelum masak, kena beli barangan dulu!

The Execution.

Barangan dah selesai dibeli, masa untuk memasak pula. Walaupun di bawah cuaca yang panas ketika bulan Ramadan, perkara itu tidak mematahkan semangat Sherson dan team untuk menjayakan misi ini.

Mereka kelihatan begitu bersemangat setelah selesainya proses memasak dan mengagihkan makanan serta bantuan. Boleh dilihat di raut wajah mereka kepuasan yang dimiliki ketika itu.

Antara yang dimasak dan disediakan oleh Sherson ketika itu adalah:

  • Rendang.
  • Ketupat.
  • Acar.
  • Kuih muih melayu.

Simple, tapi memadai untuk mereka berbuka puasa dengan juadah ini.


Sherson dah bantu, anda pun boleh!

Untuk pengetahuan anda, setiap orang kini boleh membantu golongan yang memerlukan dengan kerjasama dan inisiatif HappyFresh.

Bagaimana caranya? Ikuti langkah-langkah mudah di bawah:

  • Muat turun aplikasi HappyFresh dan daftar akaun.
  • Lakukan carian HappyFresh Supermarket dan Charity Box.
  • Klik pilihan Bakul Berkat bernilai RM50 atau RM10.
  • Lakukan transaksi untuk pembayaran.

Anda tak perlu bersusah-payah untuk membeli, memasak, dan menghantarkan bantuan ini kepada golongan yang memerlukan. Ini kerana HappyFresh akan bantu anda melakukan kesemua itu.

Anda hanya perlu menderma menerusi inisiatif HappyFresh Bakul Berkat.

Mudah sahaja. Yang penting, kita dapat bantu golongan yang memerlukan dan pada masa yang sama dapat meraih pahala berganda.

Tonton video penuh di bawah:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.