fbpx
Now Reading
[Video] Chef Terkenal, Sherson Lian Santuni Rider HappyFresh, Siap Jamu Makan Minum!

[Video] Chef Terkenal, Sherson Lian Santuni Rider HappyFresh, Siap Jamu Makan Minum!

Terbaiklah Sherson Lian. Siap masak Aglio Olio Duck Bacon with Prawn untuk rider HappyFresh. Sedap tu!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebiasaannya bila kita lihat rider di atas jalan raya, pastinya kita merasakan bahawa pekerjaan mereka ini sebenarnya sangatlah berisiko tinggi.

Manakan tidak, mereka terpaksa menempuh hari-hari mereka dengan kerenah pengguna jalan raya, keadaan cuaca yang tidak menentu, dan sebagainya. Itu masih belum masuk lagi tentang kerenah pelanggan.

Kalau ada yang cerewet dan sukar untuk difahami, mahunya stres satu hari!

Chef Selebriti Hargai Rider HappyFresh

Sebagai cara untuk menghargai seorang rider yang dikenali sebagai Syahir, chef selebriti iaitu Sherson Lian menggunakan cara tersendiri untuk menunjukkan rasa terima kasih buat rider setianya itu.

Menurut Sherson, Syahir telah berkhidmat untuk menghantar pesanannya selama bertahun-tahun. Tapi sehingga kini, dia masih tidak berpeluang untuk mengenali Syahir dengan lebih rapat.

Oleh itu, Sherson berpendapat bahawa mungkin dia perlu melakukan kejutan buat Syahir dengan memasak sesuatu yang istimewa dan simple untuk dihidangkan buat Syahir. Paling penting, menu itu dimasak dengan air tangannya sendiri.

Selebriti Chef, Sherson Lian.
(Sumber: First Classe)

Nama pun chef, masakkan pasti ‘top-notch’. Jadi, Sherson membuat keputusan untuk mengenali rider HappyFresh dengan lebih rapat setelah bertahun-tahun berurusan dengannya.

Kalau sebelum ini dia hanya memesan secara online, rider hantar, itu sahaja. Tapi kali ini, Sherson membuat kejutan lain daripada yang lain.

Wah, untungnya!

Kejutan Makan Tengahari

Setibanya Syahir di pintu masuk, dia kelihatan ‘blur’ bila nampak kamera kiri kanan. Tapi Sherson dengan selambanya suruh dia ‘buat dunno’ je. Lepas itu mulalah kejutan buat Syahir iaitu masakan air tangan Sherson sendiri, Aglio Olio Duck Bacon with Prawn!

Sesi Suai Kenal

Kebiasaannya, sesi suai kenal ini pastilah melibatkan kedua-dua belah pihak untuk berborak dan bertanyakan soalan antara satu sama lain kan? Sama juga dengan mereka berdua ini. Pelbagai jenis soalan dilontarkan sambil menikmati makanan tengah hari tersebut.

“Asal mana? Dah kahwin ke belum? Berapa orang anak? Macam mana kerja, okay ke?”

Soalan-soalan basic lah orang katakan bila kita sedang cuba untuk mengenali seseorang.

Paling menariknya, walaupun dah bertahun-tahun menghantar pesanan buat Sherson, mereka berdua masih tak tahu yang kedua-dua mereka ini pernah tinggal di Kajang.

Topik paling menarik adalah tentang banjir yang melanda banyak kawasan di ibu kota, termasuklah Kajang iaitu tempat tinggal Syahir dan keluarga.

“I was delighted when my company (HappyFresh) arranged donation for them (those in need) and assist them. I was lucky enough to participate in this kind of charity works,” jelas Syahir menerusi video tersebut.

Kudos buat syarikat HappyFresh sebab turut ‘turun padang’ untuk menghulurkan bantuan buat mereka yang memerlukan. Tak semua syarikat ada inisiatif seperti ini.

Apa pun, terbaiklah HappyFresh!

Tonton video penuh di sini:

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.