fbpx
Now Reading
Mulanya Marah Call Customer Tak Jawab, Rider Sebak Lepas Tahu Pelanggan Adalah Pakcik OKU [Video]

Mulanya Marah Call Customer Tak Jawab, Rider Sebak Lepas Tahu Pelanggan Adalah Pakcik OKU [Video]

Irfan terkedu sebaik sahaja melihat individu yang keluar untuk mengambil makanan tersebut merupakan seorang pakcik OKU kudung kaki, malah perkara itu membuatkan dia berasa serba salah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan perkhidmatan penghantaran makanan atau ‘food delivery’ semakin banyak digunakan oleh rakyat Malaysia.

Selain dapat memudahkan urusan, pelanggan juga dapat menjimatkan masa apabila tidak lagi perlu keluar untuk membeli makanan.

Malah perkhidmatan ini turut digunakan oleh setiap lapisan golongan masyarakat termasuklah Orang Kurang Upaya (OKU).

Rider awal sakit hati pelanggan tak jawab call, rupanya hantar makanan pada pelanggan OKU

Baru-baru ini, seorang rider yang dikenali sebagai Irfan Rizam telah terkedu selepas membuat penghantaran makanan kepada pelanggan OKU.

Menerusi video di muat naik di TikTok, awalnya dia membuat penghantaran makanan kepada seorang pelanggan dan kemudian berasa sakit hati apabila individu berkenaan tidak mengangkat panggilannya.

“Sesampainya aku dekat lokasi pelanggan pin, aku agak sakit hati sebab panggilan call tak dijawab. Kena pula tengah panas terik masa tu lagi bertambah panas membara hati ini.

“Kemudian, dalam beberapa minit aku dengar suara orang suruh masuk pagar rumah dia. Aku pun masuklah dengan hati yang agak panas sambil rakam video,” katanya.

Luluh hati lepas lihat pakcik OKU keluar dengan kerusi roda untuk ambil makanan

Menurut Irfan dia membuat rakaman itu kerana tidak percaya apabila pelanggan mengatakan individu berkenaan adalah OKU.

Namun sebaik sahaja melihat individu yang membuka pintu ia membuatkan Irfan luluh hati dan terkedu apabila pelanggan itu seorang OKU kudung kaki dan duduk di atas kerusi roda.

“Alangkah b*d** diri ini marah tanpa ambil periksa terlebih dahulu. Masa pakcik tu nak ambil makanan tu pun dia tersenyum ceria sebab ada orang hantarkan makanan untuk dia.

“Rupanya pelanggan yang order tu bukan pakcik tersebut tetapi orang lain. Aku rasa serba salah sangat-sangat sebab aku tak tahu hal yang sebenar.

“Masa tu memang aku nak tanya mana keluarganya yang lain tapi tak boleh sebab sebak di dada,” kata Irfan lagi.

Mohon maaf kerana tak percaya pelanggan adalah OKU

Dia dalam masa sama turut memohon maaf kepada pelanggan yang membuat pesanan buat pakcik tersebut kerana telah meraguinya.

Selain itu, dia turut berharap agar mereka sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan.

Melihat di ruangan komen, perkongsian video berkenaan turut membuatkan orang ramai sebak dan tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman mereka.

“Pernah kena pelanggan peka bisu lepas tu pakai kerusi roda, dekat sejam tunggu bila keluar hilang marah”

“I pernah order kemudian sampai OKU rider yang lengan tak ada, meleleh air mata. Saya sedekah tip. Semoga kita murah rezeki kita semua nak tolong orang”

“Lepas ni kau buat je baik macam ni dik. Allah mesti mudahkan urusan kau sebab mudahkan urusan orang. Pecaya tu”

“Kalau orang lain letak dekat luar memang kebulurlah pakcik dalam rumah tu”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.