Kalut Nak Raya, Wanita Sediakan Satu Tong Duit Syiling Untuk Tetamu [Video]

Di saat semua orang sedang sibuk membuat persiapan untuk pulang ke kampung seluruh Malaysia telah digemparkan dengan berita pengumuman bahawa Hari Raya disambut lebih awal daripada yang dijangkakan iaitu pada 2 Mei.

Berita tergempar itu bagaimanapun telah membuatkan ramai orang berada dalam keadaan kalut serta kecoh apabila mengenangkan rendang dan beberapa persedian lain belum lagi disiapkan.

Ini termasuklah kegagalan menukar duit raya disebabkan mesin yang sudah kehabisan wang.

Meskipun pada zaman kini duit raya boleh dipindahkan secara atas talian atau menggunakan kod QR, namun masih ramai yang memilih untuk memberinya secara fizikal sebagai salah satu tradisi yang ingin dikekalkan.

Sedia satu tong penuh duit syilling

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial TikTok yang memaparkan seorang wanita telah menyediakan satu tong yang dipenuhi dengan duit syilling untuk dijadikan sebagai duit raya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @shazielzainal, difahamkan beliau tidak sempat untuk menukar duit raya dan telah bertindak untuk menggunakan duit syilling di dalam tong tersebut sebagai inisiatif lain.

“Panik raya, tak dan (sempat) tukar duit raya. Simpan sini sebagai kenangan,” katanya dalam kapsyen.

Boleh ambil segenggam sahaja

Apa yang lebih menarik lagi, dia bukan sahaja menyediakan satu tong duit syilling malah turut memberi plastik kepada tetamu untuk mengambil duit syilling tersebut dan mereka hanya boleh mengambil segenggam sahaja.

Perkara tersebut telah menarik perhatian warga net dan ada juga yang berseloroh dengan mengatakan patutlah duit syilling banyak habis di kedai rupanya berada dalam tong tersebut.

Malah ada juga yang bertanya berapa lamakah duit syilling itu disimpan sehingga boleh memenuhi tong berkenaan.

‘Patutlah habis duit syilling di Malaysia’

‘Berapa lama simpan duit banyak macam tu’

‘Idea yang bijak’

Ketika ini video yang berdurasi selama 33 saat itu telah mendapat sebanyak 1.0 million tontonan, 84.0 ribu tanda suka, 1,622 komen serta 4,030 perkongsian di TikTok.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

12 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

12 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

12 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

12 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

12 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

13 hours ago