Malaysia Tempat Ke-8 Dalam Senarai Negara Paling Bahaya Untuk Memandu Di Dunia

Tidak dinafikan, rakyat Malaysia begitu terkenal dengan dengan adab dan sontan santun yang tinggi.

Malah ramai pelancong dan pelajar antarabangsa begitu menyukai negara kita dan menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur.

Namun ramai pasti bersetuju kalau kami katakan sikap ini berubah menjadi sebaliknya sebaik berada di atas jalan raya.

via GIPHY

Terbaharu, kajian yang dilakukan firma pendidikan pemanduan antarabangsa, Zutobi mendapati Malaysia masih tersenarai sebagai Top 10 negara yang paling berbahaya untuk memandu di dunia bagi tahun 2022.

Menerusi kajian yang melibatkan 53 negara itu, Malaysia bagaimanapun mencatat kedudukan yang sedikit baik apabila berada di tangga kelapan berbanding di tempat ketujuh pada tahun lalu apabila mencatatkan skor keselamatan 5.63 daripada 10 skor.

Kedudukan Top 3 negara paling bahaya memandu di dunia pula kekal seperti tahun lalu iaitu Afrika Selatan (No 1) diikuti Thailand dan Amerika Syarikat di tempat kedua dan ketiga.

Foto : Zutobi

Berdasarkan data itu juga, negara kita turut mencatat skor 22.5 kematian lalu lintas bagi setiap 100,000 penduduknya iaitu kedua tertinggi dunia selepas Thailand  (32.3 mata).

Bagi kes kematian yang berpunca dari alkohol, Malaysia bagaimanapun merekodkan kadar terendah iaitu skor 1.0 dari 10 negara lain.

“Dianggarkan 22.2 kematian jalan raya bagi setiap 100,000 penduduk di Afrika Selatan, 31% daripada penumpang tempat duduk hadapan di Afrika Selatan memakai tali pinggang keledar serta 57.5 kematian akibat penggunaan alkohol,” demikian menurut data itu.

Foto : Zutobi

Berdasarkan kajian itu juga, Norway kekal sebagai negara paling selamat di dunia untuk tempoh dua tahun berturut-turut dengan skor 8.20 diikuti Iceland dengan (8.05) dan Estonia di kedudukan ketiga dengan skor 7.90.

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

16 hours ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

18 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

18 hours ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

19 hours ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

20 hours ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

21 hours ago