fbpx
Now Reading
USM Dipuji Kerana Lewatkan Majlis Konvo Selama 30 Minit Selepas Graduan Terkandas Dalam ‘Jammed’
USM tangguh majlis A30 minit tunggu graduan terkandas sampai

USM Dipuji Kerana Lewatkan Majlis Konvo Selama 30 Minit Selepas Graduan Terkandas Dalam ‘Jammed’

Disebabkan graduan tersebut terkandas di dalam kesesakan, majlis konvokesyen telah dilambatkan selama 30 minit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari graduasi merupakan hari yang penting buat setiap lepasan pelajar. Kerana pada saat inilah mereka akan melakar satu lagi sejarah dalam hidup mereka.

Apabila dikatakan hari bersejarah pasti para graduan akan bersedia lebih awal sebelum majlis bermula.

Namun, kita hanya mampu merancang kerana sebarang kesulitan yang berlaku di jalan raya adalah luar daripada jangkaan, seperti yang terjadi pada seorang graduan Universiti Sains Malaysia (USM) apabila dia tersekat dalam kesesakan lalu lintas di Jambatan Pulau Pinang selepas berlakunya kemalangan maut di kawasan tersebut.

Graduan tersekat dalam lalu lintas

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh pengurusan USM di laman Facebook rasmi mereka.

Universiti tangguh majlis 30 minit tunggu ketibaan graduan

Prihatin dengan keadaan graduan berkenaan terlibat, pihak pengurusan USM telah bertindak untuk menangguhkan majlis berkenaan selama 30 minit bagi memastikan semua graduan mereka dapat hadir bagi majlis bersejarah itu.

Namun, selepas dua jam pihak USM sekali lagi memuat naik satu hantaran yang memaklumkan graduan yang tersangkut telah berjaya sampai ke universiti bagi menghadiri majlis konvokesyennya.

Perkongsian berkenaan ternyata mendapat perhatian ramai netizen apabila ramai memuji keprihatinan pihak pengurusan universiti yang begitu cakna dengan situasi para graduannya.

Ibu ucap terima kasih kerana doa & urusan anak

Meninjau di ruangan komen, seorang wanita dipercayai ibu kepada graduan tersebut turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah mendoakan keselamatan dan urusan anaknya dipermudahkan untuk sampai ke universiti tepat pada waktunya.

Ada juga yang mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada graduan tersebut di atas kejayaannya kerana telah tamat belajar dengan jayanya serta memuji tindakan USM.

‘USM prihatin’

‘Terbaik USM’

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.