Instagram Lancar Amber Alerts, Ciri Khas Bantu Kesan Kanak-Kanak Hilang Di 25 Negara Termasuk Malaysia

Baru-baru ini, Instagram mengumumkan telah melancarkan ‘Amber Alerts’, sebuah ciri baharu yang berfungsi untuk membantu mengesan kanak-kanak yang hilang di sesebuah kawasan.

Menurut Instagram, ciri tersebut yang akan mula dilaksanakan di Amerika Syarikat akan bertindak menghantar notis amaran dalam bentuk feed kepada para penggunanya bagi memberikan mereka makluman bahawa adanya kes kehilangan kanak-kanak termasuk kejadian penculikan di kawasan berhampiran.

Difahamkan ciri ini dibangunkan menerusi satu kerjasama Instagram bersama pihak berkuasa di beberapa negara seperti National Center for Missing & Exploited Children (NCMEC) di Amerika Syarikat, International Centre for Missing & Exploited Children, National Crime Agency di United Kingdom, Pejabat Peguam Negara di Mexico, Polis Persekutuan Australia, dan banyak lagi.

Bagaimana ia berfungsi?

Instagram dalam satu kenyataan berkata, notis akan mula dipaparkan pada ruangan feed sebaik sahaja Amber Alert diaktikan oleh pihak berkuasa negeri. Ia bagaimanapun akan diterima oleh penguna yang dikesan berada di kawasan pencarian dan kawasan terdekat.

Namun ianya juga mempunyai fungsi ‘kongsi’ bagi memudahkan orang ramai berkongsi makluman tersebut kepada kenalan dan keluarga mereka.

Antara info yang akan disertakan bersama notis Amber Alerts itu adalah foto kanak-kanak berkenaan, penerangan mengenai situasi serta lokasi kehilangan atau penculikan, dan sebarang maklumat lain berkaitan mangsa.

“Kami tahu bahawa peluang untuk menjumpai anak yang hilang meningkat apabila lebih ramai orang berwaspada, terutamanya dalam beberapa jam pertama. Dengan kemas kini ini, jika Makluman AMBER diaktifkan oleh penguatkuasaan undang-undang dan anda berada di kawasan carian yang ditetapkan, makluman itu akan muncul dalam suapan Instagram anda.”

Instagram

Bakal tersedia di 25 negara termasuk Malaysia dalam beberapa minggu lagi

Menurut Instagram lagi, fungsi ini dijangka tersedia untuk 25 negara termasuk Malaysia dalam beberapa minggu lagi.

Selain Malaysia, 24 lagi negara terlibat adalah Amerika Syarikat, Argentina, Australia, Belgium, Bulgaria, Kanada, Ecuador, Greece, Guatemala, Ireland, Jamaica, Korea, Lithuania, Luxembourg, Malta, Mexico, Netherlands, New Zealand, Romania, Afrika Selatan, Taiwan, Ukraine, UK (UK), dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Mereka bagaimanapun sedang dalam proses untuk mengembangkan ciri berkenaan ke lebih banyak lagi negara.

Sebagai info, fungsi AMBER Alerts sudah mula dilancarkan di Facebook sejak tahun 2015. Sebaik ia diperkenalkan, amaran tersebut telah membantu menyelesaikan ratusan kes membabtikan kes kehilangan kanak-kanak di AS dan di seluruh dunia.

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

4 hours ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

6 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

6 hours ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

8 hours ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

9 hours ago