fbpx
Now Reading
Jenazah Anak Gabenor Indonesia Yang Hilang Di Sungai Switzerland Ditemui

Jenazah Anak Gabenor Indonesia Yang Hilang Di Sungai Switzerland Ditemui

Menurut laporan pihak berkuasa Switzerland, jasad yang sudah tidak bernyawa itu ditemukan dalam keadaan terapung di permukaan air.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setelah 14 hari dilaporkan hilang ketika sedang berenang di Sungai Aare, Switzerland, anak kepada Gabenor Indonesia, Emmeril Kahn Mumtadz akhirnya ditemui.

Jasad Emmeril atau lebih mesra dipanggil Eril itu ditemukan oleh pihak polis Switzerland pada jam 6.05 pagi Rabu lalu (8 Jun) di kawasan empangan Engehalde.

Menurut laporan pihak berkuasa Switzerland, jasad yang sudah tidak bernyawa itu ditemukan dalam keadaan terapung di permukaan air.

Duta Besar Indonesia ke Switzerland, Muliaman Hadad dalam kenyataan memaklumkan, mayat telah dihantar ke pasukan forensik bagi tujuan pengecaman dan siasatan lanjut.

Pihak berkuasa Switzerland kemudiannya mengesahkan bahawa jasad yang dijumpai itu sememangnya milik Eril.

Setakat ini, tiada kepastian sama ada jenazah dibenarkan pulang kembali ke Indonesia secepat mungkin atau perlu mengambil masa beberapa hari lagi untuk melalui proses di Switzerland.

Bagaimanapun, jenazah akan dibawa pulang seawalnya pada Sabtu ini dengan urusan pengebumian akan dilakukan sebagai seorang muslim.

Eril sebelum ini dilaporkan hilang selepas berenang bersama adiknya Camillia Laetitia Azzahra dan kawan mereka di Sungai Aare.

Anak sulung kepada Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil itu berada di Switzerland bersama keluarganya untuk mencari institusi pendidikan yang bakal disambung sehingga ke peringkat sarjana.

Sebelum ini, Ridwan serta isterinya, Atalia Praratya turut berkampung di Swtizerland untuk membantu usaha operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Kredit gambar: IG ataliapr

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.