fbpx
Now Reading
Ahli Parlimen Israel Teruk Dikecam Kerana Keluar Kenyataan Mahu Halau Rakyat Palestine

Ahli Parlimen Israel Teruk Dikecam Kerana Keluar Kenyataan Mahu Halau Rakyat Palestine

Beliau berkata demikian dalam satu ucapan kepada sekumpulan pelajar sekolah menengah di Tebing Barat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang ahli parlimen Israel, Matan Kahana, menerima kecaman dasyat selepas beliau mengeluarkan kenyataan berharap boleh menekan ‘butang’ yang akan mengusir kaum Arab dari penempatan haram Israel.

“Jika terdapat sejenis butang yang boleh ditekan untuk menghilangkan semua orang Arab atau menghantar mereka ke Switzerland dengan menaiki kereta api, saya akan melakukannya,” kata ahli parti Yamina itu.

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik di laman Twitter, dia yang juga bekas Menteri Hal Ehwal Agama Israel berkata dilihat mengeluarkan kenyataan itu sewaktu memberi ucapan kepada sekumpulan pelajar sekolah menengah di Tebing Barat, semalam (14 Jun).

“Orang Arab memberitahu diri sendiri cerita yang berbeza, kami tahu ia tidak benar dan karut.

“Mereka memberitahu bahawa mereka adalah orang yang tinggal di sini dan kami datang mengusir mereka,” ujarnya lagi.

Tambah Kahana, penduduk Palestin dan Israel tidak mempunyai pilihan meskipun terdapat banyak perbezaan.

Menurut beliau, tiada apa yang mampu dilakukan seperti butang yang diharapkannya, oleh yang demikian, rakyat Israel dan Palestin perlu tinggal bersama di negara itu.

Menerusi laporan Al Jazeera, ucapan tersebut turut tidak disenangi beberapa orang pengubal undang-undang berketurunan Arab Israel.

“Matan Kahana, kami berada di sini kerana ini adalah tanah air kami,” kata Walid Taha, ahli parti United Arab List (Ra’am) yang juga sekutunya di Knesset (Parlimen Israel).

Kahana bagaimanapun kemudiannya tampil menafikan perkara berkenaan dan mendakwa ia hanyalah satu salah faham.

Malah dia yang tampil menerusi satu hantaran di Twitter berkata apa yang cuba disampaikan adalah orang Arab dan Yahudi perlu berusaha untuk hidup bersama.

“Gabungan kami adalah satu langkah berani untuk mencapai ke arah matlamat ini.
Dalam perbincangan yang lebih menyeluruh, beberapa kenyataan saya telah ditulis/disampaikan dengan buruk.”

Matan Kahana

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.