‘Untuk Keperluan Diri Sendiri’ – Thailand Kini Benarkan Rakyat Tanam Ganja Di Rumah

Bermula semalam, 9 Jun, Thailand menjadi negara Asia pertama yang membenarkan orang ramai menanam ganja di rumah.

Bukan itu sahaja, kerajaan Thailand turut menghapuskan bahagian tertentu dan ekstrak tumbuhan (kecuali bunga dan perbungaan) daripada senarai bahan larangan narkotik dengan matlamat utama untuk menjadikannya tanaman komersial yang boleh memacu industri pelancongan.

Perubahan ini bermakna sebarang proses penghasilan, import, eksport, pengedaran, pengambilan dan pemilikan ganja kini bukan lagi satu kesalahan di sisi undang-undang Thailand.

Menurut laporan Berita Harian yang memetik Bangkok Post, kerajaan mereka begitu serius untuk menjadikannya satu tanamam komersial apabila mula merancang untuk mengagihkan sejuta akar pokok ganja bagi menggalakkan petani menanamnya.

Ianya lebih meyakinkan apabila lebih 100,000 orang bergegas mendaftar untuk memohon kebenaran menanam tumbuhan tersebut menerusi aplikasi kerajaan PlookGanja.

Boleh guna ganja di dalam rumah

Tambah laporan itu juga, dengan penggubalan ini, polis kini tidak akan menahan sesiapa yang menggunakan ganja di rumah.

Perkara itu turut disahkan Timbalan Pesuruhjaya Polis, Roy Ingkapairote kepada Bangkok Post.

“Namun, jika orang ramai menghisapnya di kawasan awam dan menyebabkan gangguan awam, mereka boleh ditahan dan dihadapkan ke mahkamah,” katanya.

Namun ganja gulung atau balut adalah dilarang

Walau bagaimanapun ada laporan yang mengatakan pihak berkuasa akan cuba membendung penyalahgunaan bahan khayal itu dengan mengehadkan setiap bahan berasaskan ganja yang di mana ia hanya boleh mengandungi 0.2% bahan khayal atau tetrahydrocannabinol.

Ini bermakna ‘joints’ iaitu ekstrak ganja yang digulung atau dibalut sebelum dihisap masih tidak dibenarkan dan boleh dihukum penjara serta didenda.

Secara ringkasnya, Thailand, sudah mula membenarkan penggunaan ganja bagi tujuan perubatan pada 2018.

Recent Posts

  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

2 days ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

2 days ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

2 days ago
  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

2 days ago