fbpx
Now Reading
Ini Cara Tebus Tambang Percuma RapidKL Selama Sebulan Untuk Pemegang Pas My50

Ini Cara Tebus Tambang Percuma RapidKL Selama Sebulan Untuk Pemegang Pas My50

Penebusan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu bagi mereka yang memiliki Pas My50 yang akan tamat tempoh di antara 17 Jun ke 15 Julai 2022 dan mereka yang baru membeli Pas My50 pada 16 Jun 2022.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (16 Jun 2022), Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan bahawa semua pengangkutan awam kendalian RapidKL akan ditawarkan secara percuma selama sebulan bersempena dengan pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu.

Ini termasuklah MRT, LRT, KL Monorel, Sunway BRT dan bas (termasuk bas perantara). Malah KTM Berhad turut menawarkan tambang percuma buat pengguna di Lembah Klang bagi tempoh sama.

Tetapi bagaimana pula jika anda pemegang pas perjalanan bulanan My50? Mesti terasa rugi memandangkan anda masih mempunyai tempoh yang lama untuk pas tersebut.

Tak perlu risau!

Ini kerana RapidKL telah membuat satu pemberitahuan memaklumkan pengguna pas My50 juga boleh menikmati tambang percuma selama 30 hari itu.

Jadi bagaimana caranya kerana pemegang pas semua mempunyai tarikh pembelian dan luput yang berbeza bukan?

Penebusan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu bagi mereka yang memiliki Pas My50 yang akan tamat tempoh di antara 17 Jun ke 15 Julai 2022 dan mereka yang baru membeli Pas My50 pada 16 Jun 2022.

#1 Pas My50 tamat tempoh di antara 17 Jun ke 15 Julai 2022

Menurut Rapid KL, jika Pas My50 anda tamat tempoh di antara 17 Jun ke 15 Julai 2022, anda boleh melakukan penebusan 30 hari tambang percuma itu sehari selepas pas anda tamat tempoh.

Ia akan dimasukkan dan diaktifkan ke dalam pas anda secara serta-merta.

#2 Mereka yang baru membeli Pas My50 pada 16 Jun 2022.

Bagi anda yang baru sahaja membeli Pas My50 pada 16 Jun 2022, anda boleh menebus t30 hari tambang percuma itu selepas pas anda tamat.

Namun anda perlu mengaktifkan tambang percuma itu dalam tempoh 23 hingga 25 Julai 2022. Sebaiknya bawa resit untuk pengesahan tetapi jika tiada resit pun tidak perlu bimbang, pihak Rapid KL akan bantu anda melakukan pengesahan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.