fbpx
Now Reading
Pengumuman RapidKL Tentang Koc Wanita MRT Laluan Kajang Sedang Diuji Undang Pelbagai Reaksi

Pengumuman RapidKL Tentang Koc Wanita MRT Laluan Kajang Sedang Diuji Undang Pelbagai Reaksi

Menurut RapidKL, pengujian operasi koc wanita bagi MRT laluan Kajang sedang dijalankan dan dijangka siap pada 17 September.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penggunaan pengangkutan awam seperti Transit Keretapi Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) di bandar sememangnya memudahkan urusan setiap individu terutama dalam melakukan aktiviti harian.

Ini kerana penggunaan kemudahan ini dapat membantu menjimatkan masa dan wang ringgit terutama buat golongan yang menjadikannya sebagai pengangkutan utama.

Namun, sering kali kedengaran isu seperti gangguan seksual yang sering dihadapi oleh penumpang wanita terutama ketika waktu puncak.

MRT Laluan Kajang Sediakan Koc Wanita

Prihatin dengan isu yang sering melibatkan kaum hawa, RapidKL melalui akaun media sosial rasmi termasuk Twitter dan Facebook telah mengumumkan kerja-kerja pemasangan pelekat dan pengujian operasi koc wanita bagi MRT laluan Kajang sedang dijalankan secara berperingkat.

Menerusi pengumuman tersebut, operasi ini sedang dilaksanakan secara berperingkat di stesen terlibat dan dijangka akan siap sepenuhnya pada 17 September 2023.

Pengguna Kongsi Kemudahan Koc Wanita

Teruja dengan kewujudan koc khas tersebut, seorang pengguna turut berkongsi info terbaru mengenai keistimewaan ini.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @nabilamustama, penumpang wanita kini boleh menggunakan koc MRT khas untuk wanita bermula semalam (6 September) di Stesen MRT Kajang.

Walaubagaimanapun, kemudahan itu masih lagi tidak dapat digunakan di beberapa stesen yang terlibat.

“Finally, MRT dah sediakan koc untuk wanita,” tulisnya di ruangan kapsyen.

@nabilamustama

Finally, mrt dah sediakan koc utk wanita 🫶🏻#kocwanita #mrtkajang

♬ Hidup Ini Mahal – Andre Mastijan

Terima Pelbagai Respon Daripada Pelbagai Pihak

Walaupun pengumuman yang dibuat oleh pihak RapidKL ini menerima respon yang positif daripada golongan wanita, namun ada segelintir yang merasakan RapidKL seharusnya mengutama dan menyelesaikan isu-isu lain yang lebih penting seperti membaiki LRT atau MRT yang rosak.

Perkara ini dapat dilihat menerusi ruangan komen dan hantaran di Twitter dan Facebook.

Malah, mereka juga turut berpendapat agar masalah penggunaan ketika waktu puncak seharusnya dijadikan keutamaan kerana kewujudan koc khas ini akan memburukkan lagi keadaan.

Ada juga yang turut membangkitkan masalah yang dihadapi oleh LRT dilaluan lain. Pun begitu, ada juga segelintir yang bersetuju dengan penggunaan koc wanita tersebut.

Inisiatif Dengan Niat Murni, Tapi Kejap Lagi Train Rosak, Kekerapan Tak Banyak

Boleh Nak Buat Macam Ni, Tapi Yang Perempun Penuhkan Koc Wanita Tu Dulu

Harap-Harap Nanti Tak Dela Lelaki Yang Gatal & Miang Naik Sekali

Bagus Tapi Frekuensi Train Sangatlah Lama, Koc Pun Tak Banyak

Yang Letak Koc Tengah, Kan Menyusahkan Lelaki-Lelaki Nak Merentas Waktu Puncak

Hanya Timbulkan Masalah Buat Pengguna Perkhidmatan Awam

Inisiatif Yang Bagus Tapi Tolonglah Tingkatkan Kekerapan Frekuensi Dulu

Terdahulu, pengenalan perkhidmatan koc wanita bagi MRT Laluan Kajang sebelum ini telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada 4 Julai yang lalu.

Kemudahan ini adalah salah satu inisiatif kerajaan dalam memahami kesulitan yang dihadapi oleh golongan wanita.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.