fbpx
Now Reading
Wanita Di Singapura Cuba Buka Pintu Tren MRT Bergerak [Video]

Wanita Di Singapura Cuba Buka Pintu Tren MRT Bergerak [Video]

Menurut pihak SMRT, ketika pihaknya melakukan siasatan wanita itu turut bertindak agresif dan enggan beri kerjasama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila menaiki kenderaan awam seperti bas, keretapi, Transit Aliran Massa (MRT) dan sebagainya kita perlulah mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Perkara ini bertujuan untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang kerosakan atau lebih teruk lagi mengundang bahaya kepada orang ramai sewaktu menggunakan perkhidmatan awam.

Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir sikap pengguna yang tidak berfikir panjang apabila cuba melakukan tindakan yang bahaya dan mengancam nyawa orang lain.

Tular wanita di Singapura cuba buka pintu MRT

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang wanita di Singapura yang cuba membuka pintu MRT yang sedang bergerak.

Difahamkan kejadian itu berlaku pada 29 November sekitar jam 1 tengah hari dan wanita terbabit cuba untuk membuka pintu dan keluar daripada MRT berkenaan.

Tindakannya itu bagaimanapun sempat dirakam dan dikongsikan di sebuah grup Facebook sebelum ia menjadi tular, lapor Mothership.

Menerusi video tersebut, kelihatan wanita memakai baju hitam dan skirt itu sedaya upaya cuba menolak pintu MRT berkenaan menggunakan kedua-dua tangannya ketika ia sedang menuju ke MRT Yio Chu Kang.

Cuba buka pintu di bahagian panel kiri dan kanan sebelum ditegur

Awalnya dia cuba membuka pintu berkenaan di bahagian kiri dan gagal, dia kemudiaan cuba membuka bahagian panel sebelah kanan dan pintu itu terbuka sedikit.

Namun terdapat seorang lelaki yang menegurnya dan meminta wanita berkenaan untuk menunggu sehingga sampai ke destinasi seterusnya untuk keluar.

Dalam gambar yang turut dikongsikan di hujung video terbabit. Kelihatan wanita berkenaan terbaring di atas perkarangan stesen semasa dua kakitangan balai sedang bercakap dengan tiga pegawai dari Pusat Keselamatan Pengangkutan Awam (TransCom).

Melihat di ruangan kapsyen, wanita itu sedang terbaring di stesen MRT Ang Mo Kio.

Menurut kenyataan SMRT yang membalas kepada pertanyaan Mothership, Presiden Kereta Api SMRT Lam Sheau Kai mengesahkan kejadian itu dan menjelaskan kakitangannya dimaklumkan mengenai insiden itu.

“Dimaklumkan kepada seorang lelaki bahawa pengguna itu dengan sengaja cuba membuka pintu kereta api secara paksa semasa sebuah kereta api sedang bergerak,” kata kakitangan stesen berkenaan.

Bertindak agresif ketika disiasat

Namun sebaik kakitangan stesen memasuki kereta api untuk menyiasat perkara itu, wanita berkenaan enggan memberi kerjasama dan bertindak agresif.

Menurutnya tindakan individu berkenaan adalah bahawa untuk dirinya serta pengguna lain dan pihaknya mengambil serius berhubung perkara itu.

Oleh itu TransCom telah diaktifkan selain memaklumkan akan membantu pihak polis dalam siasatan dilakukan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.