fbpx

Bunyi ‘Spark’ Di Sebuah Tren MRT Laluan Kajang, RapidKL Nafi Berlaku Letupan

Menurut RapidKL, tren tersebut akan dibawa pulang ke depoh selepas tamat waktu operasi bagi pemeriksaan terperinci dapat dilakukan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui Transit Aliran Ringan (MRT) merupakan antara salah satu pengangkutan awam yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Fungsi MRT sama sahaja dengan pengangkutan awam yang lain antaranya seperti aliran transit ringan (LRT), monorel dan tren komuter iaitu membawa penumpang menuju ke destinasi.

Malah, penggunaan pengangkutan awam ini dapat membantu pengguna menjimatkan masa perjalanan namun tempoh perjalanan boleh terganggu jika berlaku sebarang kesulitan.

Sebuah Tren MRT Laluan Kajang Punca Sistem Penggera Berbunyi

Semalam (29 November), media melaporkan sebuah tren MRT Laluan Kajang bernombor 28 telah dikeluarkan dari perkhidmatan di Stesen Taman Mutiara.

Ia berikutan tren berkenaan telah menyebabkan penggera kepada sistem bekalan kuasa laluan MRT di stesen berhampiran.

Kejadian yang berlaku pada jam 6.13 petang itu turut menyebabkan wujudnya ‘bunyi spark’ seperti yang dilaporkan.

Tiada Letupan Atau Kebakaran Berlaku

Ekoran daripada kejadian ini, RapidKL menafikan dakwaan berlakunya letupan atau kebakaran. Malah, mereka turut mengambil langkah berjaga-jaga sebagai keselamatan kepada pengguna.

“Tiada sebarang letupan atau kebakaran. Atas faktor keselamatan, tren itu dikeluarkan daripada perkhidmatan dan penumpang diminta untuk menaiki tren berikutnya yang tiba di Taman Mutiara,” jelas RapidKL menerusi satu kenyataan.

Pemeriksaan Terperinci Akan Dilakukan, Tiada Gangguan Jadual Perjalanan

Tambah RapidKL lagi, tren tersebut akan dibawa pulang ke depoh selepas tamat waktu operasi bagi pemeriksaan terperinci dapat dilakukan.

“Pada waktu kejadian pegawai transit yang berada di dalam tren sentiasa memantau keadaan.

“Tiada sebarang gangguan terhadap jadual perjalanan perkhidmatan tren MRT Laluan Kajang,” katanya.

Pihak RapidKL turut memberi jaminan bahawa keselamatan dan keselesaan penumpang adalah keutamaan mereka.

Maklumbalas Mengenai “Bunyi Spark” Melibatkan Sebuah Tren MRT Laluan Kajang Pada jam 06:13 petang, sebuah tren…

Posted by Rapid KL on Wednesday, 29 November 2023

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.