Tindakan Individu Sentuh Dan Bawa Penyu Naik Ke Permukaan Air Undang Kecaman Orang Ramai [Video]

Destinasi percutian seperti di pulau dan tepi pantai sememangnya akan dipenuhi dengan aktiviti air seperti menyelam, snorkeling dan banyak lagi.

Keadaan air laut yang jernih akan membuatkan pengunjung pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menyelam dan melihat sendiri kehidupan laut yang sangat cantik seperti ikan, terumbu karang serta kehidupan laut yang lain.

Jika anda bernasib baik maka dapatlah berjumpa dengan penghuni laut yang semakin pupus seperti penyu. Namun, kebiasaanya anda disarankan untuk membiarkan sahaja hidupan itu dan melihatnya dari jauh agar tidak membuatkan mereka berasa terancam.

Tular video seorang individu angkat penyu dari dasar laut

Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang menunjukkan tindakan seorang individu yang dilihat mengangkat seekor penyu naik ke permukaan air laut.

Rakaman tersebut telah dikongsikan oleh @ZoologiMY, yang turut memaklumkan bahawa tindakan tersebut adalah tidak sepatutnya dilakukan demi sebuah konten.

“Jangan kacau penyu di dalam laut mahupun di darat.

“Jangan ganggu hidupan liar hanya untuk dijadikan kandungan di media sosial,” ciapnya sambil menyebut akaun Twitter rasmi Jabatan Perhilitan dan Jabatan Perikanan Malaysia.

Penyu tidak akan mengganggu, tetapi akan menggigit jika terancam

Menurutnya, penyu kebiasaanya tidak akan mengganggu orang lain, namun ia boleh menggigit sekiranya merasa diri terancam.

“Penyu selalunya santai dan hanya memikirkan dirinya sahaja, tetapi penyu masih boleh mengigit anda jika rasa diri terancam.

“Penyu juga mempunyai paruh yang tajam serta rahang yang kuat, gigitan mereka kebiasaanya sangat sakit.

Paruh tajam boleh buat jari putus

“Paruh dia tu memang kalau gigit jari mungkin boleh putus,” jelas @ZoologiMY lagi.

Undang kecaman orang ramai

Video tersebut kemudiannya menarik perhatian orang ramai yang mengecam dan tidak bersetuju dengan tindakan individu tersebut.

Ada juga yang mengingatkan bahawa penyu tidak boleh disentuh mahupun diberi makan, serta berharap agar orang ramai tidak terus melakukan perkara itu kepada hidupan laut.

‘Jangan sentuh atau bagi makanan’

‘Pertama kali dalam hidup tengking dalam keadaan bot penuh orang’

‘Manusia ni tak reti buat hal sendiri ke’

‘Masa pergi Perhentian, pekerja resort pun tak bagi sentuh penyu’

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

11 hours ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

11 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

11 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

11 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

13 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

13 hours ago