fbpx
Now Reading
Pesakit Cacar Monyet Malu Terima Rawatan, WHO Digesa Tukar Nama Virus

Pesakit Cacar Monyet Malu Terima Rawatan, WHO Digesa Tukar Nama Virus

Menurut Pesuruhjaya Kesihatan Awam NYC itu, beliau merujuk kepada sejarah rasis dan penderitaan akibat penggunaan istilah penyakit termasuk cacar monyet terhadap masyarakat bukan kulit putih.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bandar New York (NYC) menyeru agar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menamakan semula virus cacar monyet untuk mengelakkan stigma pesakit yang merasa malu untuk menerima rawatan.

NYC merekodkan lebih banyak kes cacar monyet yang kini diisytihar sebagai kecemasan kesihatan global oleh WHO berbanding bandar lain di Amerika Syarikat (AS) dengan 1,092 jangkitan dikesan setakat ini.

Prejudis virus cacar monyet terhadap komuniti tertentu

“Kami amat bimbang tentang prejudis virus cacar monyet terhadap komuniti tertentu,” ujar Pesuruhjaya Kesihatan Awam NYC, Ashwin Vasan dalam sepucuk surat kepada Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Beliau merujuk kepada sejarah rasis dan penderitaan akibat penggunaan istilah penyakit termasuk cacar monyet terhadap masyarakat bukan kulit putih.

Menurut Vasan, nama cacar monyet bukan berasal daripada spesies beruk atau monyet seperti yang dicadangkan. Menurutnya, maklumat salah ketika awal wabak HIV telah mencetuskan kesan negatif termasuk impak perkauman terhadap komuniti Asia termasuk tindakan Donald Trump menggelar Covid-19 sebagai ‘virus China’

Nama cacar monyet mampu hidupkan perasan trauma, rasisme dan stigma

“Berterusan menggunakan ‘cacar monyet’ untuk menjelaskan wabak semasa ini akan menghidupkan semula perasaan trauma, rasisme dan stigma terutamanya terhadap orang kulit hitam dan penduduk kulit gelap lain

“Di samping anggota masyarakat lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), malah mereka mungkin enggan mendapatkan rawatan kerana stigma tersebut,” ujarnya.

Kata Vasan, virus yang sudah lama menjadi endemik di rantau Afrika Tengah dan Afrika Barat ini mampu menjangkiti sesiapa sahaja serta turut merebak ke Eropah dan AS terutama yang melibatkan lelaki homoseksual.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada lagi kematian yang dilaporkan di Eropah mahupun AS yang melibatkan virus yang menjadi kecemasan kesihatan global itu.

Menurut laporan media, lebih 16,000 kes disahkan telah direkodkan di 75 buah negara sepanjang tahun ini oleh WHO pada Isnin lalu (25 Julai).

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.