Menunaikan ibadah haji atau umrah merupakan impian semua umat islam di seluruh dunia, namun tak semua diberikan peluang untuk ke tanah suci Mekah itu.
Namun, bagi yang berkesempatan untuk ke tanah suci pasti akan merasakan kegembiraan yang luar biasa kerana dapat menunaikan rukun Islam kelima itu.
Bagaimanapun, cerita agak berbeza buat seorang wanita ini apabila kegembiraan yang sepatutnya terukir bertukar menjadi tangisan dan kesedihan apabila mendapat khabar berita duka mengenai pemergian anaknya ketika dia berada di tanah suci.
Menerusi perkongsian yang di muat naik di laman TikTok akaun @ellellell7, kelihatan dari video seorang wanita yang baru sahaja keluar dari pintu ketibaan sedang berjalan menuju ke arah ahli keluarganya bersama tangisan.
“Ya Allah Ya Rahman Ya Mujib, dikau kurniakanlah kekuatan hati ketenangan jiwa buat kakakku, angkatlah segala kesedihannya dan gantikanlah ia dengan nikmat ganjaran yang lebih mulia.
“Kami sayangkan kamu kakak, abah anak-anak dan adik-adik sentiasa bersamamu di sisi, Haiqal ibu dah balik, Al-Fatihah,” tulisnya di kapsyen.
Berdasarkan rujukan maklumat daripada pemilik video, anak bongsu kepada wanita itu dikatakan meninggal dunia pada hari pertama ibunya tiba di tanah suci Mekah.
Menurut pemilik video lagi, kali terakhir wanita itu bertemu arwah anak bongsunya adalah pada ketika ahli keluarga mereka menghantar ibunya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Difahamkan punca anak bongsu wanita terbabit meninggal dunia adalah disebabkan kemalangan.
Kekesalan dan kesedihan pasti terasa apabila tidak berkesempatan melihat wajah anak kesayangan buat kali terakhir sebelum dikebumikan, namun aturan yang maha kuasa pasti ada hikmahnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut bersimpati terhadap nasib wanita tersebut dan tak kurang juga yang mendoakan agar wanita itu diberikan kekuatan.
Kredit gambar: TikTok ellellell7
Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…
Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.
Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…
Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.
Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…
Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…