“Taktau Nak Sedih Ke Ketawa” – Suami Isteri Terkejut Dinding Rumah Berlubang Ditebuk Kontraktor Jiran [Video]

Mengubah suai kediaman memang matlamat setiap pemilik rumah. Apabila mempunyai wang yang mencukupi, perkara pertama yang ingin dilakukan tentunya mencantikkan rumah tersebut.

Tujuannya pula tidak lain agar ianya kelihatan lebih cantik dan selesa untuk diduduki, malah mungkin untuk tujuan pelaburan.

Namun, tidak dinafikan proses mengubah suai rumah ini merupakan satu proses yang panjang dan agak memenatkan kerana perlu mengemas semula habuk yang ada serta dalam masa yang sama akan menganggu jiran tertangga.

Bukan itu sahaja, adakalanya pengubahsuaian yang dilakukan di rumah tersebut mungkin juga akan menjejaskan beberapa bahagian rumah jiran sehingga membuatkan mereka atau salah satu pihak tepaksa menanggung kos kerugian pula untuk membetulkan perkara itu.

Terkejut lihat dinding bilik sebelah bergegar

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang dikongsikan oleh Desiani Fitri Azman yang terkejut apabila ternampak dinding bilik di rumahnya bergegar ketika dia sedang bersiap untuk keluar.

Menerusi video tersebut, kelihatan jiran di sebelah rumah Desiani sedang melakukan pengubahsuaian rumah dan kontraktor tersebut telah menebuk lubang sehingga besi tersebut menembusi bilik di dalam rumahnya.

“Tengah bersiap nak keluar rumah, tiba-tiba..”

“Tengah siap-siap nak keluar, tiba-tiba ternampak dinding bilik sebelah bergegar. Terus panggil suami tengok sama-sama kejadian tu.

“Nasiblah tak keluar rumah lagi, kalau tak balik dari keluar mesti terperanjat tengok dinding rumah dah berlubang. Jadi kita tengok rumah tu sampai tukang sebelah bolongkan dinding,” katanya.

Menurutnya lagi, mereka turut berasa keliru sama ada patut bersedih atau ketawa melihat insiden tersebut.

Sudah terjadi untuk kali ke tiga

Malah, kejadian seperti itu juga pernah berlaku dan kali ini ia merupakan kali ketiga sehingga membuatkan pasangan itu pening memikirkannya.

“Jiran sebelah yang renovate kita yang kena tempias, bertabahlah wahai hati. Bersyukur dinding tak roboh sudahlah,” katanya lagi.

Dalam video tersebut, turut kelihatan dinding yang berlubang itu telah disimen semula selepas suaminya berjumpa dengan tukang rumah tersebut.

Perkongsian itu bagaimanapun, turut menarik perhatian ramai yang kagum melihat kesabaran pasangan itu dan ada juga yang berkongsi pengalaman mereka.

“MasyaAllah, hebat betul boleh tahan sabar”

“Samalah macam saya kiri kanan buat rumah. Kita yang tengah habis terima nasib bocor bila hujan”

“Suka akak dan suami punya tenang tu”

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago