“Setakat Ini Sahaja Daddy Bersama Kamu Semua”- DS Najib Razak Tinggalkan Pesanan Sebelum Dipenjara

Semalam (23 Ogos) bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah dijatuhi hukuman penjara selama 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta selepas Mahkamah Persekutuan Putrajaya menolak permohonan rayuan terakhirnya.

Susulan itu, Najib Razak telah diperintahkan untuk menjalani hukuman penjaranya secara serta merta dan dibawa ke Penjara Kajang.

Baca artikel berkaitan: Najib Sah Ke Penjara, Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Terakhir Kes SRC

Sempat titip pesan sebelum dipenjarakan

Seperti sudah mengetahui nasib yang bakal dihadapi, beliau juga sempat menitipkan mesej di atas meja buat keluarga tercinta yang dikongsikan di laman Facebook miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, Najib meluahkan kekesalan kerana beliau kurang dapat menghabiskan masa bersama keluarga kerana terikat dengan khidmat tanggungjawab beliau sebagai pemimpin sepanjang 46 tahun.

Foto: IG DS Najib Razak

Pilih untuk meneruskan legasi arwah bapa

“Keluargaku, anak cucuku. My family. My love.

“Dari tahun 1976 Daddy mula aktif dalam politik dan perkhidmatam awam sepenuh masa. Ke hari ini, 46 tahun lamanya. Daddy memilih mewarisi legasi nenda, meneruskan usaha nenda.

“Daddy memilih kerja. Dunia politik dan perkhidmatan awam ada kelebihan dan kekurangannya. Merancang pembangunan, menggubal dasar kebajikan, mengurus ekonomi, mengukuhkan hubungan antarabangsa dan menyelesaikan krisis,” tulisnya.

Tidak berputus asa untuk mencuba lagi jika hasil tak seperti diharapkan

Menurut beliau lagi, cabaran yang dihadapi itu bagaimanapun memberi senyuman kepadanya apabila ia membuahkan hasil meskipun adakalanya ada hasil yang tidak seperti diharapkan, namun ia tidak membuatkan dirinya berputus asa untuk terus mencuba lagi.

“Melihat kembali, ia satu pengorbanan besar. Tahun-tahun dan masa-masa yang ada datang dan berlalu begitu sahaja. Dari subuh ke larut malam, ada saja urusan yang perlukan perhatian. Masa makan pun bermesyuarat, berjumpa tetamu, tidak bersama kamu semua (keluarga).

“Tahun saya telah berlalu untuk didedikasikan kepada orang ramai, perkhidamatan awam, politik. Satu pengorbanan yang saya pilih dan saya buat.

“Perjalanan yang meggembirakan dengan kehadiran awak tetapi saya terlepas pandang dan tidak dapat sentiasa ada untuk awak. Satu perjalanan yang sedih sekali diserikan dengan kehadiranmu tetapi tidak terbalas oleh Daddy,” kata beliau lagi.

Foto: IG Najib Razak

Reda dengan apa terjadi, Najib Razak nantikan keadilan dan penghakiman di akhirat

Jelas Najib lagi, sebagai seorang individu yang berpegang teguh kepada agama Islam, beliau reda jika itu yang sudah ditakdirkan oleh Allah SWT.

“Jika ditakdirkan ini perjalanannya dan dugaan Allah SWT. Apalah daya Daddy manusia dan hambaNya. Menanti keadilan dan penghakiman di mahkamah akhirat.

“Di dunia kita hidup sementara, dibangkitkan di akhirat, bersama-sama nanti kita bahagia semula di sana. Semoga Allah SWT melindungi dan merahmati keluarga kita sentiasa dengan kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan.

“Sayang kamu semua, Daddy,” tulis Perdana Menteri ke-6 itu lagi.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago