Lelaki Terkejut Jumpa Anak Kucing Tersangkut Di Bonet Depan Kereta Lepas 12 Jam Perjalanan [Video]

Kucing merupakan haiwan yang mesra dan mudah didekati, bukan hanya berwajah comel mereka juga suka bermain terutama jika ia merupakan anak kucing.

Namun, anak kucing juga mempunyai beberapa perangai seperti suka meneroka kawasan yang ‘pelik’ termasuklah menyorok di dalam bonet hadapan kereta, seperti yang terjadi kepada seorang lelaki ini yang terkejut apabila menjumpai kucing di dalam keretanya.

Berhenti untuk periksa kereta, lelaki terkejut jumpa anak kucing

Perkara itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Wan, menerusi video tersebut kelihatan dia telah memberhentikan keretanya untuk memeriksa bahagian bonet hadapan kereta.

Apa yang lebih memeranjatkannya, ketika sedang memeriksa kereta itu dia kemudian terjumpa anak kucing tersangkut di bahagian tepi kereta sambil berbunyi seperti sedang meminta pertolongan.

@wannnwannnwannn

Sumpah tak tahu dari mana dia datang 😔 #fyp #foryou #fypシ

♬ Ya Allah – Wali

Jumpa lepas hampir 12 jam perjalanan

Menurut Wan, dia mula menyedari anak kucing itu berada di situ selepas hampir 12 jam perjalanan.

“Sumpah tak tahu dari mana dia datang,” tulisnya di dalam kapsyen.

Maklum keadaan anak kucing semakin baik dan akan di bawa pulang ke rumah

Menerusi beberapa lagi video yang dimuat naiknya, dia kemudian mengeluarkan kucing tersebut dan membawanya ke dalam kereta untuk diberi makanan serta turut memaklumkan keadaan kucing tersebut semakin baik.

Dalam masa yang sama, dia juga memaklumkan kepada orang ramai bahawa kucing tersebut akan dibawa pulang ke rumah untuk dijaganya.

“Memang dalam kereta ada siap sedia makanan kucing, alhamdulillah dia selera makan walaupun takut-takut.

“Alhamdulillah, si kecik semakin baik, terus pergi beli barang dia kat Mr DIY tadi lepas tu seludup bawak tidur hotel sekali,” katanya lagi.

@wannnwannnwannn

Replying to @Chikiboombastic Alhamdulillah, ada rezeki untuk dia yang boleh dikongsi 🥹 #fyp #foryou #fypシ

♬ Ya Allah – Wali

Undang perhatian orang ramai yang bersimpati dengan anak kucing

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai bersimpati dengan anak kucing itu dan ada juga yang berterima kasih kepada Wan kerana telah menyelamatkannya.

Tidak kurang juga ada yang menyuruh Wan untuk membela kucing tersebut kerana ia mungkin pembawa rezeki.

@wannnwannnwannn

Replying to @تڠکو احمد اسماعيل Esok baru bawak dia balik rumah 🥰 #fyp #foryou

♬ original sound – Arilpilus – Arilpilus

“Ya Allah.. kesian awak.. panas duduk situ”

“Bela weh. Aku pernah dalam situasi kau”

“Ala.. kesian dia nasib tak jatuh”

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

18 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

33 mins ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

53 mins ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

59 mins ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

59 mins ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

1 hour ago