fbpx
Now Reading
Steady Makcik! Naik Kereta Tengah ‘Drift’ Boleh Happy Ingatkan Takut [Video]

Steady Makcik! Naik Kereta Tengah ‘Drift’ Boleh Happy Ingatkan Takut [Video]

Menerusi video, kelihatan seorang warga emas keluar daripada kenderaan yang baru sahaja melakukan aksi drift dalam keadaan gembira.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menaiki kenderaan yang berkelajuan tinggi atau dipandu degan aksi berbahaya seperti ‘drift’ antara perkara yang kurang digemari oleh golongan wanita dan warga emas.

Hal ini kerana, kelajuan dan teknik memandu yang mana pemandunya sengaja melakukan belok lebih (oversteer) sehingga kehilangan cengkaman pada tayar belakang pasti akan membuat seseorang itu berasa takut.

Namun, siapa sangka seorang warga emas memberanikan diri untuk merasai sendiri pengalaman berada di dalam kenderaan yang sedang melakukan aksi drift.

Beberapa buah kereta lakukan aksi drift

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @hariezzhr, kelihatan sebuah kereta jenis Nissan Fairlady sedang melakukan drift di kawasan seperti tempat letak kenderaan yang kosong.

“Menunjuk bukan sebab ‘drifting’ tetapi…” tulisnya di dalam video.

Pada video sama, kelihatan juga beberapa buah kenderaan lain yang sedang melakukan lagak aksi yang sama pada ketika itu.

Makcik keluar daripada kenderaan

Ketika tamat aksi drift terbabit, seorang makcik terlihat keluar daripada kenderaan tersebut dan disambut oleh orang ramai yang berada di sana.

Melihat pada ekspresi wajahnya, makcik tersebut langsung tidak dilihat dalam keadaan takut mahupun terkejut.

Reaksi seakan-akan gembira

Apa yang lebih mengejutkan, reaksi warga emas terbabit seakan-akan gembira dapat merasai pengalaman menaiki kenderaan yang sedang melakukan aksi ‘drift’.

Disamping itu, makcik tersebut juga kelihatan melambaikan tangannya serta menunjukan ‘thumbs up’ pada pengujung yang berada di situ.

Melihat di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terkejut serta menyangka aksi drift terbabit dilakukan sendiri oleh makcik tersebut.

Namun beberapa orang dilihat menjelaskan situasi yang sebenar, jika dilihat dengan lebih teliti, makcik tersebut keluar dari tempat duduk sebelah pemandu.

Bagaimanapun, keberanian untuk seseorang yang sudah lanjut usia seperti wanita terbabit haruslah dipuji kerana di semua orang berani berada dalam situasi seperti itu.

Kredit gambar: TikTok hariezzhr_

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.