“Tak Perlu Pulang Tablet PerantiSiswa, Kerajaan Bagi Terus Pada Penerima” – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini (3 September) mengumumkan mahasisaswa yang menerima tablet PerantiSiswa tidak perlu lagi memulangkan peranti yang bakal diterima mereka.

“Sukacita saya umumkan, kerajaan bersetuju untuk memberikan terus tablet berjenama ini kepada penerima PerantiSiswa.

“Tak perlu pinjam, tak perlu pulang balik, kerajaan bagi terus pada penerima. Pemberian peranti ini adalah penghargaaan dan diharap akan menjadi pemangkin bagi penerima PerantiSiswa untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang,” kata beliau sewaktu merasmikan Majlis Pelancaran Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang berlangsung di UiTM Shah Alam sebentar tadi.

Jelas beliau, keputusan itu dicapai selepas pertemuan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dan Majlis Perwakilan Pelajar pada Ogos lalu.

Keputusan ini dilihat berbeza dengan apa yang telah ditetapkan sebelum ini iaitu para penerima perlu perlu memulangkannya selepas tamat pengajian mengikut Konsep Guna Pakai (KGP).

Semalam, 2 September, Annuar Musa berkongsi foto awal pakej tablet bagi program PerantiSiswa yang akan diberikan kepada setiap penerima yang terdiri daripada tablet Samsung Tab Galaxy A8 dan beberapa aksesori.

Jelas beliau, peranti tersebut akan mula diedarkan kepada penerima yang terdiri dari mahasiswa IPTA dan IPTS bermula Sabtu (3 September).

Dilihat pada foto tersebut, aksesori yang akan turut disertakan adalah sebuah papan kekunci (Samsung Smart Keyboard Trio 500), sebuah stylus pen (Samsung) dan juga kerangka luar (tablet cover) yang dinamakan Book Cover.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata sekitar 60,000 mahasiswa akan menerima manfaat tersebut. Jelasnya lagi, sejak permohonan yang dibuka secara dalam talian sejak 15 April hingga 15 Mei lepas bagi fasa pertama telah menerima kira-kira 100,000 permohonan.

Sebagai info, Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia adalah inisiatif kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih untuk membekalkan sebuah peranti tablet kepada setiap pelajar B40 di IPT.

Baca artikel berkaitan :

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

2 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

3 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

4 hours ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

4 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

4 hours ago